Rembau 6 Mac 2013 – Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS N.Sembilan, Ustaz
Mustafa Dolah hari ini mengingatkan jentera PAS di DUN Kota agar menjaga diri
dari 2 bisikan besar syaitan dalam menghadapi perjuangan menegakkan keadilan
iaitu sifat malas dan bosan dalam perjuangan. 
 
Ustaz Mustafa berkata demikian dalam sesi Tazkirah Motivasi Pilihanraya
kepada para petugas di DUN Kota selepas selesai Program Solat Hajat.
 
Ustaz Mustafa juga mengingatkan kepada para petugas agar sentiasa
memperbanyakkan doa dan zikir dalam menghadapi PRU-13 yang dijangka paling
getir dalam sejarah.
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Sdr Rozmal Malakan selaku
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, Tn Hj Ghazali Md Som selaku
Penyelaras PAS DUN Kota, Sdr Azhar Ibrahim yang merupakan bekas calon PAS DUN
Kota PRU-12, Pn Maznah Talib AJK Muslimat dan juga Sdr Izamri Med , Pengarah
Pilihanraya DUN Kota. 

Kirim email ke