KENYATAAN
AKHBAR
PEJABAT
PILIHANRAYA PAS DUN N28 KOTA (PARLIMEN P131-REMBAU)
9
MAC 2013 

PEMBANGUNAN
DI DUN KOTA, UTAMAKAN KEPENTINGAN PENDUDUK SETEMPAT

Laporan
akhbar Berita Harian pada 21 Feb 2013 menyebut bahawa Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan kampus
UiTM cawangan Rembau akan dibangunkan di atas tanah seluar 32.37
hektar

Laporan
Bernama pada 9 Jan 2010 pula memetik Menteri Besar Negeri Sembilan,
Dato Seri Mohamad Hasan berkata pembinaan kampus UiTM di Chengkau,
Rembau.

Terlebih
dahulu pihak kami amat mengalu-alukan sebarang pembangunan yang
diadakan di DUN Kota ini. Apa yang kami harapkan biarlah setiap
pembangunan yang dijalankan ini mengambil kepentingan penduduk
setempat.

Setiap
pembangunan, pasti ada pengorbanannya. Tidak boleh tidak, mungkin ada
tanah penduduk akan diambil oleh kerajaan dalam proses pembangunan
ini. Sebelum ini beberapa penduduk di DUN Kota telah terlibat dengan
proses pengambilan tanah oleh kerajaan dalam projek pembinaan
landasan kereta api elektrik berkembar,  seramai 138 keluarga dari
empat kampung di Chengkau pula terlibat dengan projek menaik taraf 
jalan Chengkau-Astana Raja sekitar tahun 2008 dan juga pembinaan
sebuah sebuah loji rawatan air, sebuah muka sauk dan sebuah empangan 
redah di mukim Titian Bintangor, Rembau pada tahun 2007-2010.

Satu
lagi projek pembangunan yang berkemungkinan melibatkan kepentingan
tanah penduduk setempat ialah projek keretapi laju yang menghubungkan
Singapura dan Kuala Lumpur yang dilaporkan akhbar pada 19 Februari
2013 yang  lalu.  

Laporan
akhbar Berita Harian pada 18 Julai 2009 menyatakan bahawa mereka yang
terlibat dengan projek pembinaan landasan kereta api elektrik
berkembar di Kampung Chua Hilir dan Kampung Chembong Halt hanya
diberi tawaran pampasan sebanyak RM1.20 hingga RM2.80 kaki (RM52,272
– RM121.968 seekar)  persegi yang belum cukup untuk mendirikan
rumah baru.

Ini
amat berbeza sekali dengan harga tanah yang ditawarkan oleh
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) untuk tapak
hospital Rembau dimana laporan akhbar Berita Harian pada 15 Mac 2012,
mengatakan bahawa PKNNS mahu menjual tanah untuk tapak hospital
Rembau pada kadar RM 22 sekaki persegi bersamaan dengan RM 958,320
seekar. Hospital Rembau akan didirikan atas tanah seluas 18 hektar
(44.48 ekar), ini bermakna jika PKNNS menjualnya pada kadar RM22
sekaki persegi, kos tanah untuk tapak hospital Rembau ialah RM42.63
juta.  

Projek
perumahan baru di Rembau pada ketika ini menawarkan harga sebanyak
RM250,000 untuk satu unit rumah teres 2 tingkat dan RM138,888 untuk
rumah teres 1 tingkat di Kundur. Ini menunjukkan kos rumah semakin
tinggi di DUN Kota ini, sedangkan kos pampasan tanah  yang diberi
oleh kerajaan sebelum ini adalah tidak munasabah.

Justeru
itu pihak kami berharap penduduk yang terlibat dengan sebarang projek
pembangunan di DUN Kota ini diberi pampasan yang setimpal dan
munasabah sekiranya tanah mereka diambil oleh kerajaan.

HJ
GHAZALI BIN MOHD SHOM
Penyelaras
PAS DUN Kota

Kirim email ke