Nampaknya pendatang asing telah mula
mendatangkan masalah di Semenanjung Malaysia, bukan sahaja di Sabah.
Adakah Dato Seri Anwar Ibrahim akan dikaitkan juga dalam insiden
rusuhan pendatang asing di bawah ini?

Pekerja mengamuk tuntut gaji minimum
10 Mac 2013 

MUAR - Kesabaran 150 pekerja warga
asing di sebuah kilang di Parit Jamil dekat sini yang melancarkan
mogok sejak kelmarin bagi menuntut kenaikan gaji minimum RM900 sampai
ke penghujungnya apabila mereka bertindak memukul seorang pengurus
pengeluaran dan tiga penyelia kilang semalam.
Dalam kejadian pukul 3 petang itu,
mereka ditumbuk dan disepak oleh 20 pekerja.
Seorang pekerja kilang yang hanya mahu
dikenali sebagai Ahmad, 33, mendakwa, kumpulan pekerja asing terbabit
secara tiba-tiba memasuki pejabat kilang sebelum menarik keluar
ketiga-tiga mangsa.
"Pada mulanya mereka hanya menarik
pengurus dan ia disedari tiga penyelia kilang yang cuba membantu
tetapi dihalang kumpulan pekerja terbabit.
"Keadaan menjadi tidak terkawal
apabila sebahagian daripada mereka yang berada di luar pejabat
membaling batu menyebabkan banyak tingkap pecah.
"Pihak pengurusan cuba memujuk
mereka supaya berhenti daripada terus mengasari pengurus tetapi tidak
berjaya malah suasana menjadi semakin tegang," katanya ketika
ditemui.
Difahamkan, 700 pekerja tersebut sudah
melancarkan mogok sejak kelmarin tetapi pihak majikan enggan melayan
tuntutan mereka.
Kejadian itu dipercayai berpunca
daripada rasa tidak puas hati pekerja apabila kilang berkenaan
menangguhkan pelaksanaan penetapan gaji minimum yang sepatutnya
bermula Januari lalu.
Dakwa Ahmad, ekoran kejadian itu, pihak
pengurusan menghubungi polis dan pekerja asing terbabit bersurai
selepas diarahkan polis.
Ahmad mendakwa, pengurus dan penyelia
kilang berusia lingkungan 30-an yang mengalami kecederaan di badan
dan lebam di muka sudah mendapatkan rawatan di Hospital Pakar
Sultanah Fatimah di sini selain turut membuat laporan polis.
Sementara itu, usaha untuk mendapatkan
ulasan pihak pengurusan kilang gagal atas alasan mahu menyelesaikan
masalah itu secara dalaman.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten
Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya
akan menahan mereka yang terlibat dalam kejadian itu untuk siasatan
lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana
merusuh

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Kirim email ke