KENYATAAN
AKHBAR
PEJABAT
PILIHANRAYA PAS DUN N28 KOTA (PARLIMEN P131-REMBAU)
12
MAC 2013
 
PERUMAHAN UNTUK RAKYAT DI DUN KOTA
 
Pada
8 Mac 2013 yang lalu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin
Yassin telah melancarkan pembinaan 150 unit rumah Projek Perumahan Rakyat
Ladang Tanah Merah, Port Dickson di atas tanah seluas 6 hektar (14.8 ekar) yang
dibeli pada harga RM2.5 juta. 
 
Sehubungan
dengan itu pihak kami menegaskan bahawa Projek Perumahan Rakyat adalah amat
diperlukan di DUN Kota. Ini adalah memandangkan kos rumah dan tanah yang
semakin tinggi di kawasan ini. 
 
Beberapa
projek perumahan baru di Rembau pada ketika ini menawarkan harga sebanyak
RM250,000 ke RM 318,000 untuk satu unit rumah teres 2 tingkat dan RM138,888
untuk rumah teres 1 tingkat.
 
Harga
rumah yang semakin tinggi ini adalah amat menyukarkan anak tempatan untuk
membeli rumah terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
 
Daerah
Rembau mempunyai banyak tanah adat yang terbiar. 
 
Pihak
kami berpendapat adalah lebih wajar tanah-tanah adat yang terbiar ini
dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat. Jika tanah untuk Projek Perumahan
Rakyat di Ladang Tanah Merah dibeli pada harga RM2.5 juta, ini bermakna kos
tanah untuk seekar ialah sekitar RM168,619  seekar atau RM3.87 sekaki persegi. 
 
Harga
RM168,619  seekar atau RM3.87 sekaki
persegi adalah jauh lebih tinggi dari harga tanah yang diambil oleh kerajaan
sebelum ini untuk pembinaan landasan keretapi berkembar iaitu sekitar RM1.20 ke
RM2.80 sekaki persegi atau sekitar RM52,272 ke RM121,968 seekar.
 
Pembangunan
tanah adat untuk Projek Perumahan Rakyat akan menjadi situasi menang-menang
untuk semua pihak (win-win situation). Dimana pemilik tanah adat yang terbiar
akan mendapat pampasan yang setimpal dan dalam pada masa yang sama rakyat yang
berpendapatan rendah dan sederhana di DUN Kota ini akan dapat membeli rumah
yang mampu mereka miliki.
 
Untuk
menggalakkan lagi pembangunan tanah adat yang terbiar ini untuk Projek Perumahan
Rakyat, keutamaan membeli rumah ini haruslah diberikan kepada pemilik asal
tanah adat tersebut, waris-waris mereka yang berpendatan rendah dan sederhana
dan seterusnya untuk anak tempatan di DUN Kota termasuk mereka yang bersemenda.
 
Pihak
kami berkeyakinan pembangunan tanah adat yang terbiar ini untuk Projek
Perumahan Rakyat akan mendapat sokongan penuh oleh para penduduk di DUN Kota. 
 
HJ
GHAZALI BIN MOHD SHOM
Penyelaras
PAS DUN Kota

Kirim email ke