Saya amat-amat terharu apabila mendengar berita 2 orang perwira kita
gugur di Sabah. Prebet Ahmad Hurairah Ismail dari 7 RAMD gugur ketika
bertempur. Arwah ayah saya pernah menjadi Penolong Ketua Kompeni juga di 7 RAMD
tahun 1966. Ayah juga bertempur ketika itu dengan pengganas dari Indonesia dan
berjaya membunuh 2 orang pengganas di Kalabakan yang menceroboh negara.
 
Perwira kita yang kedua ialah Prebet Ahmad Farhan Ruslan dari 3 RAMD.
Ayah saya pernah menjadi Ketua Platun 3 RAMD pada tahun 1961. 
 
Memang debaran isteri-isteri dan anak-anak perajurit yang berada di
perbatasan. Hanya Allah yang melindungi mereka.
 
Antara pengorbanan keluarga perajurit ialah mereka sering berpindah
randah. Disebabkan ayah sering dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat,
dari satu kem ke satu kem, hampir setiap tahun kami sekeluarga berpindah
randah. Sampaikan saya sukar mengingati kawan-kawan sekolah saya yang lama,
kerana saya penah bersekolah di 6 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah
menengah. 
 
Ajal maut ditangan Tuhan. Arwah ayah saya terlalu berani semasa dalam
tentera, hinggakan saya takut dia akan maut ketika bertempur. Ayah saya tidak
mati di medan pertempuran, dia menemui ajalnya di atas katil di Hospital
Seremban. Sebelum meninggal dunia , ayah saya berkata kepada emak saya, 
“Semuanya
sudah tertulis di lauh mahfuz”.
 
Salam perjuangan untuk semua perajurit kita.
 
Rozmal bin Malakan
http://rozmal.blogspot.com 
 
Seorang askar gugur, tiga pengganas maut
13 Mac 2013 
 
LAHAD DATU - Ops Daulat yang masuk hari kelapan semalam menyaksikan
seorang lagi anggota pasukan keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati
dalam pertempuran di Sungai Nyamuk berdekatan Kampung Tanjung Batu di sini. 
Panglima
Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, anggota
keselamatan yang terkorban ialah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari pasukan
7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Tawau manakala seorang lagi anggota
tentera yang berusia 35 tahun mengalami kecederaan di pipi dan dirawat di
Hospital Tawau.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
 
Prebet maut trak jatuh gaung
13 Mac 2013 
 
Lahad Datu - Seorang anggota tentera berpangkat prebet maut selepas
trak yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 36, Jalan Lahad
Datu-Tungku dekat Cenderawasih di sini semalam. Kejadian pada pukul 7.30 pagi
itu mengorbankan Ahmad Farhan Ruslan dari Batalion 3 Rejimen Askar Melayu
Diraja (RAMD) di Sandakan.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
 
 
Agong ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah
 
KUALA LUMPUR 12 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini
menzahirkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham Prebet Ahmad
Hurairah Ismail yang gugur sewaktu melaksanakan tugas Operasi Daulat di Lahad
Datu, Sabah.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130312/dn_55/Agong-ucap-takziah-kepada-keluarga-Allahyarham-Ahmad-Hurairah
 
 
Senarai sekolah saya bersekolah :
 
1972 : SK Larkin , Johor (PULADA)
1972 - 1973 : St Thomas Primary , Kuching, Sarawak (3 Briged)
1974 : SK Padang Tembak, KL (MINDEF-Highgate)
1975 : SK Kem Kabota, Tawau, Sabah (6 RAMD)
1976 : SK Tanjung Aru, Kota Kinabalu (5 Briged)
1976 - 1977 : SK Sultan Ismail, Kota Bharu (16 RAMD)
1978 : SMK Dato Permaisuri, Miri, Sarawak (16 RAMD)
1979 : SMK Batu Lintang , Kuching, Sarawak (1 Divisyen)
1980 : Victoria Institution, KL (2 Divisyen)
1981 - 1982 : SDAR, Seremban (508 AW)

Kirim email ke