Peristiwa Lahad Datu mengingatkan kembali nostalgia saya terhadap arwah
ayah saya dan moyang saya Undang Rembau, Dato Abdullah bin Hj Dahan yang
merupakan salah seorang pengasas Rejimen Askar Melayu . Mungkin ramai antara
orang Melayu di Malaysia ini tidak tahu pada tahun 60an, 70an, 80an, arak di
mes-mes dalam kem tentera adalah merupakan kebiasaan dan kemestian.
 
Usaha pertama untuk membuang arak dari kem yang didiami oleh tentera
yang beragama Islam dilakukan oleh arwah saya ketika dia mula-mula dilantik
menjadi Pegawai Memerintah 16 RAMD , Kem Pengkalan Chepa, Kelantan pada tahun
1976.
 
Ayah saya pada ketika itu mengumpulkan semua pegawai-pegawainya dan
berkata kepada pegawai dibawah arahannya dan memberitahu mereka “Kita ni Askar
Melayu, beragama Islam, kenapa perlu ada arak di mes kita, dalam kem kita.
Semua pegawai-pegawai selepas itu bersetuju untuk membuang semua arak di kem
tersebut”
 
Apabila MINDEF dapat tahu tindakan arwah ayah saya. Ayah saya telah
dipanggil mengadap Panglima Angkatan Tentera pada ketika itu. Ayah saya pun
berhujjahlah dengan PAT pada ketika itu. Kemudian ayah saya kembali bertugas
dan tiada apa-apa tindakan susulan atau tindakan disiplin. Sejak dari itu 16
RAMD bebas arak.
 
Saya tak pasti samada DYMM Yang Dipertuan Agong pada ketika ini masih
ingat peristiwa tersebut, kerana Baginda ada melakukan lawatan rasmi di Kem
Pengkalan Chepa pada tahun 1976-77.
 
Saya rasa berbangga kerana secara rasminya arak diharamkan di semua kem
tentera oleh seorang anak Rembau dari DUN Kota iaitu  Jeneral Tan Sri Dato’ 
Seri Ismail bin Haji
Omar pada 19 September 1998 yang merupakan Panglima Angkatan Tentera pada
ketika itu.
 
Panglima Angkatan Tentera yang panggil ayah saya di MINDEF isu
pembuangan arak dari mes telah meninggal dunia seminggu sebelum ayah saya
meninggal dunia pada tahun 2011.
 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kedua-dua mereka yang
merupakan perwira negara.
 
Sesungguhnya tarikh 16 September bukan hanya tarikh hari pembentukan
Malaysia tapi adalah tarikh pembebasan arak dari kem tentera. 
 
Rozmal bin Malakan http://rozmal.blogspot.com 
 
Menyingkap riwayat hidup Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Ismail bin Haji
Omar, beliau telah dilahirkan pada 29 April 1941 di Kampung Mungkal, Kota,
Negeri Sembilan. Kota terletak di dalam Daerah Rembau yang kaya dengan budaya 
dan
terkenal dengan Adat Perpatih . 
 
Khidmat bakti Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Ismail tidak terhenti apabila
pada 16 September 1998, beliau telah membuat pengumuman bahawa berkuatkuasa
dari tarikh itu yang bersamaan dengan sambutan ulangtahun ATM ke-65, ATM
mengharamkan arak kepada semua anggota-anggota tentera di ketiga-tiga
perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. Pengharaman tersebut meliputi samada
kegiatan meminum, menjual dan memilikinya dalam mana-mana premis atau kawasan 
tentera.
 
Walaubagaimana pun pengharaman ini dikecualikan kepada anggota-anggota
tentera yang bukan beragama Islam. 
 
Dengan pengharaman ini ATM muncul sebagai agensi kerajaan yang ulung 
menguatkuasakan
peraturan seumpama ini sesuai dengan dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam
kerajaan. 
 
Langkah yang diambil oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Ismail dalam
meninggikan syiar Islam amat besar maknanya kepada seluruh warga ATM yang
beragama Islam.
 
Aritkel penuh kisah hidup Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Ismail bin Haji
Omar di 
http://www.harimaumalaya.mil.my/MANTAN%20PTD%20from%202%20RAMD/16.PTD14.pdf 

Kirim email ke