Pakatan Rakyat mengesyorkan agar penetapan kenaikan gaji minima hanya untuk pekerja tempatan. Namun kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan penetapan gaji minima termasuk pekerja asing. Kini nasi sudah menjadi bubur, majikan di Malaysia dalam keadaan tersepit, pekerja asing sudah menunjukkan taring, pekerja tempatan terus terpinggir. Pekerja dinasihat henti mogok Sinar Harian 20 Mac 2013 SEREMBAN – Syarikat Recron (M) Sdn Bhd masih menunggu keputusan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) tentang penundaan pelaksanaan gaji minimum kepada lebih kurang 2,600 pekerja asingnya. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam Negeri Sembilan, Datuk V S Mogan, berkata, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan memastikan Syarikat Recron (M) Sdn Bhd melaksanakan gaji minimum sebaik sahaja kerajaan melalui MPGN memberi keputusan ke atas permohonan majikan. “JTK dan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) bersama pegawai-pegawai dari Kedutaan Bangladesh dan Kedutaan Vietnam telah mengadakan perjumpaan dengan semua pekerja asing bagi memaklumkan ketetapan kerajaan dalam pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012. “Para pekerja telah dinasihatkan untuk memberhentikan tindakan mogok dan kembali bekerja sementara menunggu keputusan kerajaan ke atas permohonan majikan yang dibuat dalam masa sebulan,” katanya. http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pekerja-dinasihat-henti-mogok-1.141283 Gaji minimum PR untuk rakyat Malaysia, tidak libat warga asing, kata Guan Eng March 08, 2013 KUALA LUMPUR - Gaji minimum RM1,100 yang akan dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) hanya akan melibatkan rakyat Malaysia, tanpa mengambil kitra pekerja asing, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Guan Eng (gambar) berkata, tidak seperti dasar gaji minimum RM900 kerajaan Barisan Nasional (BN), cadangan PR itu lebih mengutamakan rakyat kerana dasar gaji minimum BN itu turut merangkumi pekerja asing di negara ini. “Hanya BN mahu membantu pekerja asing ... agar pekerja asing dapat menikmati tahap gaji yang sama dengan pekerja Malaysia,” kata Guan Eng ketika berucap dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif dengan syarikat pengurusan air Pulau Pinang, di Hotel Traders di sana. Pelaksanaan gaji minimum dijangka akan memanfaatkan tiga juta pekerja secara langsung. Kementerian Sumber Manusia sebelum ini berkata pelaksanaan gaji minimum akan berkuatkuasa yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013. Keputusan untuk menguatkuasakan pelaksanaan gaji minimum itu adalah mandatori dan kerajaan menetapkan gaji minimum pekerja swasta ialah RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gaji-minimum-pr-untuk-rakyat-malaysia-tidak-libat-warga-asing-kata-guan-eng

