DUN Kota dalam Parlimen Rembau mempunyai
hampir 13,000 pengundi dengan sekitar 90 peratus pengundinya adalah orang
Melayu. Pada pilihanraya umum ke 12 tahun 2008 calon PAS di DUN Kota telah
tewas dengan majoriti undi diperolehi calon Umno sebanyak hampir 4000 undi.
 
Semakan terkini daftar pengundi mendapati
hampir 2800 pengundi di DUN Kota adalah merupakan pengundi luar, iaitu mereka
yang menetap di luar Negeri Sembilan.
 
Sehubungan dengan itu Sekretariat Pakatan
Rakyat Parlimen Rembau berharap agar semua pengundi luar bukan sahaja di DUN
Kota , bahkan di semua DUN dalam parlimen Rembau iaitu di DUN Chembong, Rantau
dan Paroi agar dapat pulang ke Rembau untuk mengundi pada Pilihanraya Umum ke
13 yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat pada tahun 2013 ini.
 
Setiap undi adalah penting. Siapa tahu, mungkin
undi kita bersama pasangan kita menjadi penentu kemenangan PAS serta PKR di
Parlimen Rembau dan DUN Kota, Chembong, Rantau dan Paroi.
 
Selamat pulang anak Rembau di perantauan.
Selamat mengundi. 

Kirim email ke