Demam Qasidah dengan puji-pujian kepada Allah dan Rasul
sedang melanda negara dengan alunan suara merdu Habib Syech Al-Sagoff.
Sebenarnya kita di Malaysia ini, khususnya di Rembau ada seni puji-pujian
terhadap Nabi kita yang tersendiri, iaitu Dikir Rebana (Zikir Rabbana) yang
kebiasannya didendangkan ketika perarakan pengantin dalam majlis perkahwinan. 
Semoga
ada pihak yang mengangkat semula dan mempopularkan kembali Dikir Rebana ini
bermula di peringkat sekolah lagi dengan memberi kefahaman sebenar mengenai
Dikir Rebana ini.
 
Sedikit mengenai Tarian Piring yang juga masyhur di Negeri
Sembilan, asal Tarian Piring ini dari Sumatera adalah untuk pemujaan dewa pada
musim menuai. Namun setelah kedatangan Islam di Minangkabau Tarian Piring tidak
lagi untuk persembahan para dewa tapi ditujukan bagi majlis-majlis keramaian
yang dihadiri oleh para raja atau para pembesar negeri. Di Negeri Sembilan
ianya ditarikan oleh penari lelaki dalam majlis perkahwinan.
 
DIKIR REBANA DI REMBAU
 
Dikir Rebana sangat popular di Negeri Sembilan terutamanya
di Rembau. Ia adalah muzik berbentuk nyanyian beramai-ramai yang diiringi oleh
beberapa buah gendang yang dipanggil rebana yang dimainkan biasanya untuk
memeriahkan dan mengarak pengantin, malah untuk mengarak pembesar-pembesar yang
datang berkunjung  ke satu-satu
tempat.   
 
Perkataan “Dikir” besar kemungkinannya berasal dan perkataan
Arab “Zikir” yang bermakna rnengingati atau memuji Allah. Ini adalah kerana
senikata yang digunakan dalam Dikir Rebana ini kebanyakannya dari Bahasa Arab
yang dipetik dari Kitab Berzanji yang isinya memuji kebesaran Allah dan
Rasulnya, Nabi Muhammad saw.
 
Perkataan Rebana pula berkemungkinan juga dari perkataan
Arab “Rabbana” yang bermaksud “Tuhan kami”. 
 
Antara lagu permulaan Dikir Rebana ialah Kalimah Syahadah :
“Allah, La-ilaha illa-Allah (2X) – Wa huwa Allah , Allah,
Muhamad habibullah”
 
Antara rangkap Dikir Rebana ialah : 
 
Dua puluh lima rasul pilihan,
Nama tersebut dalam Quran, 
Mertabatnya tinggi dilebihkan Tuhan,
Hendak dijazam kita imankan.
 
Pertama Nabi Allah Adam,
Nabi manusia kafir dan Islam,
Ditempah Jibril tanah segenggam,
Asal mulanya Darul Salam.
 
http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_00802.pdf
 
 
Sejarah Asal Usul Tari Piring
 
Tari Piring atau dalam bahasa Minangkabau disebut dengan
Tari Piriang, adalah salah satu jenis Seni Tari yang berasal dari Sumatra Barat
yaitu masyarakat Minangkabau disebut dengan Tari Piring karena para penari saat
menari membawa piring.
 
Pada awalnya dulu kala Tari Piring diciptakan untuk memberi
persembahan kepada para dewa ketika memasuki masa panen, tapi setelah datangnya
agama Islam di Minangkabau Tari Piring tidak lagi untuk persembahan para dewa
tapi ditujukan bagi majlis-majlis keramaian yang dihadiri oleh para raja atau
para pembesar negeri, Tari Piring juga dipakai dalam acara keramaian lain
misalnya seperti pada acara pesta perkawinan.
 
http://kumpulansejarah-aris.blogspot.com/2012/11/sejarah-asal-usul-tari-piring.html
 

Kirim email ke