Berikut tulisan dari fesbuk Hj Taufek,
Pesuruhjaya PAS N.Sembilan yang juga merupakan calon DUN Paroi ;

Saya mendapat SMS yang mengatakan
kononnya ada seorang calon satu parti politik yang bertanding dalam
PRU-13 di N.Sembilan ini telah menumbuk seorang pegawai tinggi
kerajaan di pejabat pegawai tinggi kerajaan tersebut baru-baru ini
dan SMS tersebut menyuruh pembaca menyebarnya.

Saya menyeru kepada yang menerima SMS
tersebut atau apa-apa SMS berkaitan agar menyemak dulu kesahihan SMS
tersebut. 

Sekiranya SMS tersebut benar sekalipun,
tugas kita sebagai seorang Islam bukanlah menyebarkan SMS tadi,
tetapi hendaklah kita mendoakan agar kedua-dua pihak yang terlibat
bermaaf-maafan.

Kita hendaklah bermaaf-maafan sesama
kita bukan hanya semasa Hari Raya, tetapi juga semasa Pilihan Raya,
lebih-lebih lagi jika kita adalah calon yang bertanding apatah lagi
para petugas pilihanraya.

“Usang-usang diperbaharui. Koyak
ditampung, pendek disambung. Panjang dikerat. Yang elok jadikan
teladan. Yang buruk jadikan sempadan”

Fesbuk Hj Taufek http://www.facebook.com/hjtaufek 

Blog Hj Taufek http://mohdtaufek.blogspot.com 

Kirim email ke