Kita wajib memastikan pilihan undi kita semasa PRU13 adalah berasaskan  
maklumat yang  sahih dan tepat 

Untuk memilih calon yang akan dipangkah semasa PRU13, kita perlukan 
maklumat maklumat dan informasi daripada sumber-sumber yang boleh 
dipercayai, bertanggungjawab dan berintegriti. 

Maklumat dan berita yang mengandungi unsur dakwaan fitnah, dakwaan kosong dan 
pembohongan dan  semua maklumat yang diragui  sewajarnya diketepikan.

Firman Allah bermaksud:

"Jangan kamu mengikut sesuatu yang kamu tiada ilmu/pengetahuan 
mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya 
akan ditanyai (pertanggungjawabkan)".
(al-Isra':36)

Jom
 kita berhenti sejenak dan merenung apakah’berita’ dan ‘fakta’ yang 
diutarakan dan dipaparkan oleh TV, radio, penceramah, akhbar, blog, FB 
itu benar, tepat dan betul? 

Adakah maklumat dari pemimpin 
kita, tokoh kita, rakan kita, sheikh kita, murabbi kita, guru dan ustaz 
kita;  benar atau tidak;  disokong oleh fakta atau tidak; dibuktikan 
dengan bukti yang jelas dan kemas atau tidak?

Adakah kita menelannya bulat-bulat atau membuat semakan melalui sumber lain?

Patutkah kita membuat kesimpulan mengundi A atau B, bahawa si A jahat 
atau B baik hanya berdasarkan maklumat yang terpapar di dada akhbar, 
atau blog atau dakwaan kosong?

"Wahai orang-orang yang beriman,
 jika datang kepadamu seorang fasik dengan sesuatu berita, selidikilah, 
agar kamu tidak mendatangkan musibah kepada sesuatu kaum dalam kejahilan
 dan kemudian kamu menyesali kesan tindakan kamu tersebut." 
( al-Hujurat:6)

Dalam ayat ini, kita tidak dibenarkan membuat sebarang judgement, apa 
lagi tindakan terhadap seseorang individu atau sesuatu kaum (atau 
organisasi atau parti) tanpa kita memastikan kesahihan maklumat yang 
diberikan kepada kita.  Jika kita tidak semak dan pastikan betul-betul, 
berkemungkinan kita akan mengambil tindakan berasaskan maklumat bohong, 
fitnah dan dakwaan palsu. Kemudian kita menyesal dengan tindakan kita.

Jadi janganlah kita terlalu cepat membuat hukuman atau penilaian 
terhadap seseorang atau sesuatu parti politik  tanpa kita menyelidik 
perkara tersebut terlebih dahulu. 

Rugilah undi kita jika ia berdasarkan maklumat palsu, ibarat racun  yang 
disalut gula.

Juga janganlah  terlalu cepat kita menyebarkan berita mengenai sesuatu sebelum 
kita memastikan kesahihannya. 

"Ingatlah di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut 
dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang kamu tidak ketahui sedikit juga
 dan kamu menganggapnya sesuatu yang ringan sahaja. Padahal dia pada 
sisi Allah adalah besar".                        (an-Nur:15) 

Ya, menyebarkan berita bohong yang tidak tahu hujung pangkalnya merupakan 
sesuatu yang besar dosanya. 

Marilah kita pastikan maklumat kita sahih, dan yang benar-benar baik 
sahaja yang muncul bagi  sebagai wakil rakyat, ADUN dan seterusnya 
memimpin negara.

Dr. Omar Yaakob

Kirim email ke