Harakahdaily   29 Mei
2013  
 
KEPALA BATAS: Ahli Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri
Terengganu, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri menyarankan kepada Kerajaan Malaysia
supaya mengasingkan tugasan perbidanan kepada golongan wanita sahaja.
 
Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja
bertajuk 'Ubat-ubatan Dan Vaksin Yang Tidak Halal: Perbincangan Serta Fatwa
Ulama Dalam Penggunaan Dan Pengurusannya' di Konvensyen Perubatan Islam dan isu
Fiqh Perubatan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 di Perbadanan Produktiviti 
Negara,
di sini pagi tadi.
 
Kata beliau, sudah sampai masanya kerajaan menetapkan agar
wanita yang bersalin disambut oleh doktor wanita sahaja bukan lelaki seperti
yang berlaku di sesetengah hospital hari ini.
 
"Saya sarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya buat
perubahan besar dalam kaedah perbidanan agar tidak membenarkan doktor lelaki
menyambut kelahiran bayi sebaliknya ianya diuruskan oleh doktor wanita,"
ujarnya.
 
Beliau yang sering bersiaran di TV Hijrah turut bertanya
kepada peserta konvensyen adakah tuan tidak rasa malu tubuh badan isteri anda
dilihat oleh 8 orang doktor dan pembantu doktor dalam bilik bersalin.
 
Katanya lagi, tidak wajar kemajuan negara yang semakin
canggih masalah tersebut tidak boleh diatasi lagi.
 
Lagipun sekarang ini, ujarnya tidak logik sebuah negara yang
sudah lama merdeka tidak boleh mengubah perkara sedemikian kerana ia tidak
memerlukan akta.
 
"Masa kini tidak logik lagi sekiranya masalah sambut
bayi tidak boleh diberikan tugasan kepada doktor wanita sepenuhnya sebab doktor
wanita dah ramai di bahagian perbidanan," tegasnya.
 
Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam Hospital Pulau Pinang
dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang
Perai Utara dan International Muslim Aid Malaysia (IMAM ) itu dirasmikan oleh
Penolong Pengarah Kanan Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sabri Osman.
 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19615-tidak-logik-lagi-doktor-lelaki-sambut-bayi
 

Kirim email ke