Masih ramai wanita kita, perempuan
Melayu tidak tahu adab-adab menggunakan tandas masjid, tandas awam
untuk menukar lampin anak mereka. Saya sendiri pernah melihat
lampin-lampin bayi yang telah digunakan dibuang di atas lantai
tandas, atas singki tandas apabila melakukan gotong royong di surau. 

Oleh itu perlulah diadakan satu program
menyeluruh, satu program holistik, yang disokong oleh Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, JAKIM, TV3 dan Utusan
Malaysia untuk mendidik wanita Islam, terutamanya wanita Melayu yang
menggunakan tandas masjid atau tandas awam agar tidak membuang lampin
bayi mereka atau lampin mereka sendiri merata-rata.

Tidak semua masjid dan surau yang ada
kakitangan sepenuh masa 24 jam seperti di R & R untuk melakukan
kerja pembersihan tandas.

Oleh itu kepada para suami sentiasa
bawalah plastik sampah atau plastik terpakai dalam kereta, pesan pada
isteri apabila membuang lampin bayi atau lampin mereka sendiri
masukkan dalam plastik ini. Kalau tiada tong sampah dalam tandas,
pergi cari di luar tandas pasti ada tong sampah. 

Pada 1 Jun 2013 dalam perjalanan dari
Seremban ke Kuala Terengganu, kami singgah di sebuah masjid tepi
pantai di jalan utama Kemaman ke Kuala Terengganu. Isteri saya
merungut-rungut kerana lampin bayi dibiarkan bersepah di tandas
perempuan masjid tersebut.

Kita bincang pasal Negara Islam, Islam
Hadhari, Konsep Wasatiyyah dan macam-macam lagi tapi wanita Islam
kita, terutama wanita Melayu masih ada yang tidak tahu adab-adab
menggunakan tandas awam, terutamanya tandas masjid.

Kirim email ke