Sayang, pengharaman ini berlaku di India, bukan di Malaysia.
Andaikata pengharaman ini berlaku di Malaysia sudah pasti ada pihak yang
mengatakan kita ketinggalan zaman, mundur dan sebagainya.
 
Patung yang dipakaikan pakaian dalam mungkin diharamkan di
Mumbai
5 Jun 2013 
 
MUMBAI - Patung-patung yang dipakaikan dengan baju dalam
wanita dan pakaian menjolok mata mungkin diharamkan di sini sebagai cara untuk
memerangi kejadian rogol.
 
Anggota-anggota Majlis Perbandaran Mumbai telah meluluskan
resolusi untuk melarang patung yang dipakaikan dengan pakaian menjolok mata
dipamerkan di luar kedai. 
 
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Majlis Perbandaran Mumbai, Sitaram
Kunte masih belum meluluskan resolusi tersebut.
 
Seorang anggota majlis itu, Ritu Tawde berkata, dia
mencadangkan larangan tersebut kerana patung tersebut merendahkan martabat
wanita.
 
Menurutnya, patung seperti itu juga boleh mendorong kaum
lelaki menyerang wanita.
 
India sebelum ini dikejutkan dengan berita seorang pelajar
wanita dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah bas di New Delhi pada
Disember tahun lalu.
 
Wanita itu kemudian meninggal dunia di sebuah hospital di
Singapura ekoran kecederaan parah selepas dia dicampak dari bas tersebut.
 
"Lelaki-lelaki seperti itu (para perogol pelajar itu)
melakukan perbuatan tersebut kerana didorong dengan pameran patung-patung itu.
Patung merupakan replika tubuh badan wanita. Justeru, ia merupakan alasan
kenapa saya menentang penggunaan patung itu," kata Tawde. - AP
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm
 

Kirim email ke