Diberitakan Napoleon Bonaparte , pemimpin agung Perancis dan
penakluk Eropah, menjadi pemimpin pertama Perancis selepas Revolusi Perancis
dari tahun 1804-1815, telah memeluk agama Islam pada usia 29 tahun.
 
Napoleon amat menyanjungi Nabi Muhammad SAW serta menjunjung
tinggi syariat Islam, sehingga sebahagian daripada syariat Islam yang
diperkenalkan Napoleon masih terdapat dalam Perlembagaan Perancis hingga ke
hari ini yang dipanggil Kod Napoleon.
 
Kod Napoleon yang terdapat syariat Islam ini ialah apabila
jurugambar dalam kes kemalangan maut Puteri Diana dan Dodi Al-Fayed telah
dijatuhkan hukuman apabila tidak memberi pertolongan kepada mangsa, diambil
dari Buku Hukum Syariah yang ditulis oleh Imam Malik ("The photographers
were charged with an old part of the French Jurisprudence, for ‘not helping at
the scene of an accident’- which is taken from the Shari'ah Law of Imam
Malik.")
 
Diceritakan juga Napoleon Bonaparte adalah merupakan
keturunan Sultan dari Kepulauan Melayu Nusantara dari Makassar. Menariknya 
perairan
Makassar terdapat banyak ikan Napoleon yang melindungi terumbu karang. 
 
Itu Napoleon, bagaimana pula kita yang telah dari lahir lagi
Islam, tetapi tidak menegakkan syariat Islam, tidak menjadikan Nabi Muhammad
SAW contoh ikutan dalam kehidupan seharian kita. 
 
Bagaimana pula pemimpin Islam yang sejak dari lahir lagi Islam,
mereka sepatutnya lebih terkehadapan lagi dalam isu menegakkan syariat Islam
berbanding Napoleon.
 
Bacaan selanjutnya mengenai Napoleon dan Islam di 
http://rozmal.blogspot.com/2013/06/napoleon-bonaparte-pemimpin-yang.html 

Kirim email ke