Di Eropah pemain bolasepak yang
beragama Islam pertahan kesucian Islam, sanggup tak pakai jersi yang
ditaja oleh syarikat kewangan riba dan syarikat judi, hinggakan kelab
bolasepak sendiri mengalah, membatalkan penajaan. Bayern Munich pula
nak buat stadium memudahkan peminat dan pemain untuk solat. Tapi kita
di Malaysia, FAM buat perlawanan persahabatan menentang Chelsea pada
bulan Ramadhan. Di Pahang tazkirah antara tarawih dilarang. Tak ada
pula suara agamawan yang mempertikaikan tazkirah bolasepak di
stadium.

Sedangkan di Malaysia majoriti pemain
dan yang memimpinnya beragama Islam. Cakap lebih tak boleh, nanti
kena Akta Hasutan, masuk penjara tak boleh ikat jamin.

Bukan masa bereksperimen
21 Julai 2013 

KUANTAN - Tiada lagi istilah eksperimen
buat skuad Harimau Malaya apabila menentang kelab Liga Perdana
Inggeris, Chelsea sebaliknya skuad kebangsaan perlu membuktikan
keupayaan dan memberi tentangan sengit dalam aksi persahabatan hari
ini. Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berharap ketua jurulatih negara,
Datuk K. Rajagopal mengisi kesebelasan utama yang terbaik dalam aksi
di Stadium Shah Alam, malam ini. 

Enggan sarung jersi demi mempertahankan
syariat Islam
18 Julai 2013 

GARA-gara atas keengganan menyarung
jersi, tunggak utama kelab bola sepak Newscatle United telah dilarang
untuk menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukan yang lain.
Larangan itu tercetus akibat kedegilan penyerang pasukan bola sepak
berkenaan, Papiss Cisse untuk memakai jersi pasukan bola sepak
berkenaan kerana dikatakan ditaja oleh salah sebuah syarikat pinjaman
mengenakan kadar bunga yang tinggi. Amalan mengenakan bunga
berlebihan atau dikenali sebagai riba adalah dilarang di sisi agama
Islam.

Situasi itu mengingatkan pemain bola
sepak kelab Bolton, Frederic Kanoute yang enggan menyarung jersi
pasukan itu kerana ditaja selain memaparkan logo laman web perjudian,
888.com.
Oleh kerana judi dilarang oleh Islam,
Frederic Kanoute tidak akan sesekali memakai jersi dan jika
memakainya, beliau dianggap seolah menyokong amalan tersebut. Namun,
kelab Bolton terpaksa mengalah dengan menggugurkan tajaan itu dan
menerima sumbangan daripada pihak lain setelah mendapat tentangan dan
kritikan daripada peminat dan ahli politik.

Bayern Munich bina masjid
22 Mei 2013 

MENYEDARI solat merupakan salah satu
tuntutan dalam agama Islam, kelab bola sepak terkemuka Jerman, Bayern
Munich memutuskan untuk membina sebuah masjid untuk memudahkan para
pemainnya yang beragama Islam menunaikan solat. Kelab pasukan bola
sepak Jerman itu bersetuju dengan permohonan membina sebuah masjid
berhampiran stadium Allianz Arena bagi kemudahan ibadah kepada para
pemain dan peminat. Permintaan itu pernah dikemukakan oleh pemain
tengah Bayern Munich beragama Islam, Bilal Franck Ribery yang
mencadangkan supaya diwujudkan satu ruangan khas walaupun bersaiz
kecil untuk kemudahan pemain beragama Islam menunaikan solat.

Kirim email ke