Ketika kita membicarakan begitu banyak ajaran sesat di Malaysia, kita terlepas pandang di Malaysia terdapat 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan 20 peratus penduduk negara ini hadapi masalah kesihatan mental. Suami cemburu ditemui mati tergantung 26 Julai 2013 JELI - Seorang lelaki yang tidak dapat menahan perasaan terhadap isterinya yang disyaki bermain kayu tiga ditemui mati tergantung di ruang tamu rumahnya di Kampung Ayer Lanas Blok Tumpat di sini kelmarin. Mayat pengusaha kantin, Nik Hasan Mohamed, 53, ditemui oleh isterinya, Anirah Rani, 40, pada pukul 10 malam dalam keadaan tergantung dengan menggunakan tali nilon di ruang tamu rumah mereka. Difahamkan, isteri mangsa merupakan suri rumah namun dia bergiat aktif dalam politik hingga menjadi anggota kepada salah sebuah parti. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0726&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

