29 Julai 2013 – PAS Rembau menyokong sebarang usaha untuk memulihara beberapa tempat bersejarah yang terbiar di negeri ini. Sebelum ini PAS DUN Kota telah mengadakan gotong royong di makam Dato Lela Balang dan Dato Bungkal di Kg Kota Lama. Baru-baru ini sebuah syarikat tempatan dari Rembau telah bermurah hati untuk membangunkan semula makam Dato Bungkal di Kg Kota Lama. Dato Bungkal binti Tok Batin Sekudai adalah merupakan bonda kepada Undang Rembau yang pertama iaitu Dato Seri Rama. Adalah diharapkan lebih ramai lagi pihak, individu dan syarikat tempatan bersama memulihara tempat bersejarah di negeri ini. Gambar terkini makam Dato Bungkal di http://waghihbiduandalelamaharaja.blogspot.com/2013/07/makam-tok-bungkal-bte-tok-sekudai-di.html Laporan usaha pemuliharaan tempat bersejarah di Rembau oleh PAS DUN Kota di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/03/makam-bersejarah-perlu-dipelihara.html http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/04/pas-dun-kota-kesal-makam-bersejarah.html http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/04/pas-pulihara-makam-bersejarah.html

