Umum mengetahui merokok membahayakan kesihatan. Pelbagai kempen dibuat sejak dahulu lagi bagi menangani masalah ini namun hasilnya kurang memberangsangkan. Atau mungkin juga saya boleh katakan sebagai 'GAGAL' walau pun tidak pada keseluruhannya). Berjuta-juta ringgit sudah dibelanjakan untuk kempen "TAK NAK" Kementerian Kesihatan Malaysia. Kempen "Nafas Baru Bermula Ramadhan" pun tidak salah kalau saya kategorikan tinggal hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Selain daripada apa yang telah dilakukan selama ini (yang telah terbukti gagal) apa lagi langkah-langkah yang patut kita ambil sebagai inisiatif dan insentif agar para perokok meninggalkan tabiat buruk mereka ini? Mungkin sudah sampai masanya masyarakat kita perlu menerima keputusan yang lebih tegas iaitu "HARAMKAN ROKOK SAMA SEKALI". Pada peringkat awal pelaksanaannya semua jenis rokok (termasuk shisha dan yang seumpamanya) boleh dirampas oleh pihak berkuasa tanpa tindakan lain dikenakan ke atas pemiliknya. Apa pendirian Pakatan Rakyat, PAS, PKR, DAP, Islamic Renaissance Front (IRF) dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) jika kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang ingin melaksanakannya (HARAMKAN ROKOK SAMA SEKALI)? Apa kata ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat sama ada PAS, Keadilan atau DAP mengusulkannya di Parlimen jika kerajaan Barisan Nasional tidak melaksanakannya. Boleh?!! (QUOTE) "Tiada agenda manusia yang sempurna tetapi amat merugikan apabila ada agenda yang sudah cukup baik tetapi tidak dilaksanakan." "Untuk menjadi lebih maju negara kita masih memerlukan rakyat termasuk pembangkang yang boleh memberikan kritikan yang membina tetapi negara kita tidak perlukan seorang pun yang mempunyai mentaliti membangkang." ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://info.yahoo.com/legal/us/yahoo/utos/terms/

