-----Original Message-----
From: Edward Sulung [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
Sent: Friday, February 26, 1999 4:46 PM
To: '[EMAIL PROTECTED]'
Subject: [SP] iblis dan manusia


Ini sebuah posing salah seorang teman. Saya pikir ada hikmahnya.
Wassalam
Edsu


> Assalamualaikum Wr. Wb.
> 
> DIALOG IBLIS (ALAIHI LAKNAT) DENGAN RASULULLAH S.A.W
> 
> Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya
> dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya;
> samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk
> meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan
> perisai kepada umat manusia.
> 
> Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa
> Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke
> hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan
> apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan
> sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun,
> nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta
> disiksa dengan azab yang amat keras"
> 
> Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat
> ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar
> sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10
> helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam,
> sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah
> Iblis(alaihi laknat),"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab
> salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"
> 
> Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku
> engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana
> engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati
> teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau
> tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia
> sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi
> Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai
> isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah
> menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam
> itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja
> aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal
> baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang
> menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"
> 
> Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan
> adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan
> hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba
> terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi
> Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu
> dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka Iblis pun
> bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya
> hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba
> menjadi abu"
> 
> Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata
> dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala
> perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis
> ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.
> 
> Soalan Nabi ke 1  "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan
> bagaimana aku terhadap engkau?"
> 
> Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di
> antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang
> muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung
> Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba
> seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara
> pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat
> hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri
> tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad
> anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat
> dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu
> jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau
> munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada
> jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya
> bersama hamba"
> 
> Soalan Nabi ke 2  "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"
> 
> Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan
> kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga
> mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia
> supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat
> durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda drp emas, perak dan
> permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan
> kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki
> perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar - besar godaan supaya hilang
> maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal,
> fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah
> beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga
> kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka,
> terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan
> pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak
> bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya
> mereka menangguhkannya. bertambah keras hamba goda supaya menambahkan
> maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglaah
> rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada
> lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat.
> Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."
> 
> Soalan Nabi ke 3  "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan
> berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan
> menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang
> paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa
> yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau?
> Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan
> anggota badan engkau?"
> 
> Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha
> Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi
> sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu
> tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah
> dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi. Kemudian hamba
> tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa
> lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang
> Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta
> lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat
> kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd
> hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar
> menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah
> menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti
> Hawa) yg memerintah sekelian bidadari. Hamba bertanbah dengki dan
> berdendam kepada mereka.
> 
> Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam
> memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua
> mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di
> Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian
> kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu
> pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan
> hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala
> tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala
> rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan
> pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan
> memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba
> dapat, dgn berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab
> bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini,
> maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta
> mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan
> pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan
> melontar dengan anak panah drp api yang menyala. Sudah banyak bala
> tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar
> menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk
> menjalankan tugas hasutan."
> 
> Soalan Nabi ke 4  "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan
> manusia?"
> 
> Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya
> kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau
> hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara
> mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut
> kemahuan jalan hamba"
> 
> Soalan Nabi ke 5  "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah,
> bagaimana hal engkau?"
> 
> Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan
> hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh
> iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.
> Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas
> sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada
> pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis
> solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri
> kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi
> yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang
> sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau
> duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis
> sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu
> tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum
> mereka dengan seberat-berat hukuman"
> 
> Soalan Nabi ke 6  "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah
> rasa engkau?"
> 
> Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa
> terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari
> daripadanya."
> 
> Soalan Nabi ke 7 "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana
> rasa engkau?"
> 
> Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba
> kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"
> 
> Soalan Nabi ke 8  "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal
> engkau?"
> 
> Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar
> bahayanya kpd hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka
> memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut
> dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan
> segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar
> serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan
> hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan,
> bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan
> orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah
> dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu
> neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya,
> serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah
> yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa,
> dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya
> menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu
> dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta
> dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab
> yang lain telah menunggu kami.
> 
> Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan
> amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa
> ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang
> diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."
> 
> Soalan Nabi ke 9  "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada
> engkau?"
> 
> Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar
> seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya
> yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang
> "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu
> mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar
> al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir
> kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu
> percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan
> tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini
> dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan
> Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan
> berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak
> menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani
> hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum
> syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka
> gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana
> imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya
> Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah
> orang harapan tuan serta pandai
> membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saidina
> Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa
> bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang
> mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana
> taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kpdnya
> kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan
> mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab
> atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala
> seperti pahala Usman mati syahid" Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba
> sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi
> sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang
> beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat
> beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan
> tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar
> 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga
> 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu
> dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan,
> lagilah hamba ngeri kepadanya.
> 
> Soalan Nabi ke 10  "Bagaimana tipudaya engkau kpd umatku?"
> 
> Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti
> hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang
> memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta
> meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah
> pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah
> iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah.
> Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan
> seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan
> amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya,
> hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja
> mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kpd dunia dan tidak
> hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak
> mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta
> kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka
> dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan
> istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan
> tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak
> merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina
> kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuka jalan maksiat,
> tempat judi dan perempuan lacur"
> 
> Soalan Nabi ke 11  "Siapa yang serupa dengan engkau?"
> 
> Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci
> orang belajar agama Islam"
> 
> Soalan Nabi ke 12 " Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
> 
> Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu,
> pemungkir janji"
> 
> Soalan Nabi ke 13  "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
> 
> Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak
> membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya
> sendiri ke badannya tanpa dia sedari"
> 
> Soalan Nabi ke 14  "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana
> hal engkau?"
> 
> Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta
> membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika
> tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah
> benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu
> akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini
> semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka
> makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun
> mereka makan, tiadalah rasa kenyang."
> 
> Soalan Nabi ke 15  "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
> 
> Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kpd
> Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah
> mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."
> 
> Soalan Nabi ke 16  "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
> 
> Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut
> bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ
> lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti
> pijat pada bulu itu"
> 
> Soalan Nabi ke 17  "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"
> 
> Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di
> waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena
> hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan
> isyak,
> hamba beratkan hatinya untuk solat"
> 
> Soalan Nabi ke 18  "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"
> 
> Jawab Iblis - "Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan
> tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan
> solat tengah malam"
> 
> Soalan Nabi ke 19  "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"
> 
> Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di
> dalamnya"
> 
> Soalan Nabi ke 20  "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"
> 
> Jawab Iblis - "Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata
> mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan
> telah bersabda,'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' "
> 
> (Dipetik dari laman sedarlah)
> 
> Wassalamu'alaikum Wr. Wb.
> 
> 
> 
> --


------------------------------------------------------------------------
Internet stocks: hype or reality?
FT.com. The Financial Times online. 
Click here to access more than 3,000 worldwide sources
http://offers.egroups.com/click/220/0

eGroup home: http://www.eGroups.com/list/milis-spiritual
Free Web-based e-mail groups by eGroups.com

Berlangganan : kirim email ke:[EMAIL PROTECTED], dengan isi surat : 
subscribe islam
Berhenti Berlangganan :kirim email ke : [EMAIL PROTECTED], dengan isi 
surat : unsubscribe islam

Kirim email ke