Assalammualaikum wbt...
"Saya tidak mahu ibu menangis lagi" - MAWI.
Posted by Nur Salsabila on 8/21/2005 10:42:35 PM
Wawancara bersemuka wakil Siasah, Siti Zahra (19 Ogos-1 September 2005)
dengan Mawi, antaranya tertumpu kesediaannya berdakwah melalui nyanyian.
...Ketika menemuramah Mawi, dia baru selesai membuat persembahan untuk
meraikan wartawan media cetak dan elektronik, di Ampang. Kata-kata Mawi
"world-world juga, akhirat jangan lupa" membuatkan saya terfikir mungkin
ini tujuan mengapa Mawi serius menjadi penyanyi, dia mahu menampaikan
mesej Islam kepada peminat dan artis lain. Soalnya mampukah anak muda
memikul berat itu?
& nbsp;
SIASAH: Siapa Mawi sebelum menyertai AF3?
MAWI: Saya hanyalah pemuda kampung yang suka menaiki motosikal
mengelilingi kampung. Berkawan dengan mat rempit tetapi saya tidak pernah
merempit. Sekali-sekala saya dipanggil menyanyi di majlis orang kahwin,
berzanji untuk majlis cukur jambul dan mengajar kanak-kanak mengaji
al-Quran. Lama-kelamaan orang tua pun turut meminta saya mengajar mereka
mengaji. Mulanya takut juga maklumlah saya muda daripada mereka. Tetapi
saya fikir ini ibadah yang harus saya lakukan. Kerana kebolehan mengaji
rakan sekampung memanggil saya ustaz rock. Saya suka berkaraoke dan
bermain snooker serta bersilat.
&n bsp;
Bagaimana boleh menyertai AF3 sedangkan di rumah Mawi tiada Astro dan Mawi
tidak pernah menonotn AF1 dan AF2?
Rakan-rakan mendesak saya menyertai AF3 walaupun sebelum ini saya tidak
pernah menontonnya. Saya cuma membaca di akhbar dan majalah kejayaan
juara AF1 dan AF2.Keinginan saya kuat untuk membantu keluarga (terdiam dan
menarik nafas panjang). Saya mahu keluar daripada belenggu kemiskinan dan
membahagiakan ibubapa. Saya cuma ada bakat menyanyi yang dikurniakan
Allah, apa salahnya saya mencuba. Alhamdulillah terpilih. Di AF bukan
setakat mengenali rakan baru banyak ilmu saya perolehi. Saya belajar
mengenali manusia yang boleh dibuat kawan atau mereka yang suka ambil
kesempatan.
&nb sp;
Perubahan paling besar selepas bergelar Juara AF3?
Perubahan paling nyata dari segi berpakaian. Jika dahulu dengan jeans
lusuh dan kemeja T sudah mencukupi, tetapi kini saya perlu menjaga
penampilan. Tetapi bukan bermakna saya berubah kerana Mawi masih sama
sebelum atau selepas bergelar juara. Doakan saya tidak berubah. Tolong
ye ...
&n bsp;
Sesetengah pihak memandang serong pada Mawi. Mereka berkata Mawi boleh
mengaji dan berzanji tetapi dalam masa sama memilih seni sebagai kerjaya?
Biar apa orang lain kata, yang penting saya tahu apa yang saya lakukan.
Siapa kata dengan menyanyi tidak boleh menyampaikan dakwah kepada orang
ramai. Sebagai
contoh, Raihan, Rabbani dan Waheeda menyanyi tetapi
memilih lagu yang memberi kesan positif kepada pendengar. Asalkan niat
kita ikhlas.
&nbs p;
Mawi tidak rasa bersalah kerana terpaksa menyentuh wanita bukan mahram
dalam AF?
Siapa kata tidak bersalah? Memang saya rasa sedih tambahan pula ibubapa
melihat saya dalam Diari AF. Saya tidak mahu menari dengan artis wanita
dan bersentuh dengan mereka. Tetapi saya terpaksa melakukan kerana sudah
menyertai AF. Mungkin sebelum ini saya tiada gambaran bagaimana keadaan
dalam AF kerana saya tidak pernah menontonnya.
;
Persediaan Mawi menghadapi dunia hiburan yang penuh cabaran. Artis
dikaitkan dengan dadah, arak dan seks. Mawi yakin tidak terjebak dengan
gejala sosial?
Sebenarnya saya sendiri takut menghadapi dunia seni penuh cabaran. Tetapi
saya harus berpandangan positif dan menjadikan artis yang memperjuangkan
irama nasyid sebagai idola. Pengaruh ada di mana-mana sahaja. InsyaAllah
saya akan cuba menjadi diri saya seperti hari ini. Seperti yang saya
katakan tadi yang penting hati.
Bagaimana kehidupan Mawi dalam AF. Mawi ada masa membaca al-Quran dan
menunaikan solat?
Syukur alhamduliilah saya dapat menunaikan sembahyang dengan sempurna
sepanjang di Akademi Fantasia dan membaca al-Quran, di samping mengikuti
pembelajaran yang ditetapkan.
Selepas ini jadual Mawi akan ketat dengan penggambaran majalah serta
persembahan pentas. Bagaimana Mawi memastikan untuk tidak meninggalkan
solat?
Tiada masalah untuk bersembahyang kerana setiap sesi fotografi yang saya
hadiri di pejabat penerbitan, ada surau. Begitu juga dengan persembahan
pentas disediakanbilik, tiada alasan meninggalkan solat. kecuali jika
keadaan tidak mengizinkan.
;
Difahamkan empat jam sebelum konsert akhir bermula semua pelajar
dikehendaki ada di belakang pentas untuk persiapan terakhir. Mawi sempat
menunaikan solat maghrib?
Saya akui tidak sempat bersolat Maghrib kerana saya disolek awal dan
terpaksa menjalani latihan. Di belakang pentas langsung tiada ruang dan
suasana sangat bising. Kesal juga kerana terpaksa meninggalkan solat
tetapi selepas saya qada' semula.
&nbs p;
Kenapa Mawi tidak mahu menjadi Siti
Nurhaliza yang menolak untuk tidak
bergambar dengan artis lelaki? Kenapa Mawi sudi dipasangkan dengan Marsha
atau Amylea?
Saya cuma bergambar dengan pelajar AF yang saya sifatkan sahabat baik
saya. Kalau ikutkan hati memang saya tidak mahu tetapi memikirkan mereka
sahabat saya dalam AF saya teruskan juga. Dengan artis wanita saya cuba
elak. Saya tidak mahu ibu bapa menagis melihat gambar saya dalam majalah.
Sudahlah sebelum ini pelbagai cerita diselongkar, termasuk cerita peribadi
saya. Cukuplah mereka mengaut keunutngan dengan kisah peribadi saya.
Mungkin ada ayat tertentu yang Mawi amalkan untuk menghilangkan gugup dan
gentar sebelum konsert?
Saya cuma membaca Bismillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Tidak takutkah dengan harapan masyarakat yang menjadikan Mawi idola
mereka?
Saya hanya insan kerdil. Saya takut orang meletakkan harapan terlalu
tinggi sedangkan saya ini bukanlah baik sangat. Saya masih sama, Mawi
dulu. Saya bimbang disanjung tetapi kalau silap sedikit, akan buruk dan
dan menjatuhkan nama baik saya dan keluarga. Sebelum ini apa sahaja
musibah saya sabar melaluinya. Saya tidak pernah terfikirbenda ini, rezeki
daripada Allah dalam masa 3 bulan di AF semua berubah sekelip mata. Tuhan
Maha Kaya mahu tunjukkan orang yang selama ini dengki dengan saya dan
keluarga saya tetapi kami banyak bersabar apabila keluarga dihina. Apa
yang saya buat hari ini adalah untuk mereka, untuk mak dan abah. Saya
mahu mereka senang. Mereka sudah tua biarlah mereka hidup senang
sekarang. Sekarang apabila popular ramai saudara mara datang ke rumah di
Taib
Andak. Kasihan ibubapa saya terpaksa melayan mereka.
&nbs p;
Siapa idola Mawi?
Dalam nyanyian saya kagum dengan Yasin kerana membawakan lagu-lagu dakwah.
Dalam penyiaran saya suka cara Isma Halil menjadi penyampai untuk THR.fm.
DIa banyak menggunakan kata semangat untuk orang Melayu. Kata-kata
daripada hati. Dia juga memberi kesedaran kepada saya mengenai nasib orang
Melayu yang mudah dipijak bangsa lain. Saya sedar dan saya harus melakukan
sesuatu untuk mengeluarkan orang Melayu daripada terus lupa.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
Yahoo! Mail
Stay connected, organized, and protected. Take the tour
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "IT-Kelantan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
