"Anak sepatutnya dididik dengan kaedah 80% belaian positif dan 20% belaian 
negatif. Malangnya ibubapa kerap menggunakan kaedah negatif yang membenamkan 
kehebatan anak.
 www.familiazam.com
"Layanilah anak-anak sebagai kanak-kanak. Usah mengharapkan mereka melakukan 
kerja atau tugas sehebat prestasi ibu-bapa. Nilai kemampuan mereka sesuai 
dengan peringkat umur."

"Suami yang tidak mahu terima isteri, seadanya akan mudah membenci dan 
menyalahkannya walaupun perkara remeh. Berlapang dada dan terimalah isteri 
sebagai teman untuk segala-galanya"
www.familiazam.com
"Usah bercakap bagu pihak anak kiranya ada orang bercakap dengan mereka, kerana 
ia akan menghilangkan keyakinan diri mereka berbicara. Latihlah mereka 
berbicara dengan sopan."
www.familiazam.com
"Antara umur satu hingga tujuhbelas tahun, setiap anak akan terima sekitar148 
000 kali teguran negatif. Teguran tersebut akan memberi kesan buruk pada 
perlakuan anak kelak."
www.familiazam.com
"Nyatakan rasa sayang pada anak supaya mereka yakin bahawa mereka dicintai 
walaupun ketika dimarahi. Usah timbulkan rasa ketakutan yang berpanjangan dalam 
diri mereka."
www.familiazam.com
"Sekali-sekala jika anak-anak bertengkar atau berbalah sebaiknya usah 
campurtangan. Biar mereka cuba selesaikan sendiri supaya kepimpinan dapat 
dipupuk sejak kecil lagi."
 www.familiazam.com
"Anak-anak yang kurang bijak sebenarnya bukan kerana sifat mereka, tetapi 
kerana mereka melakukan perkara yang kurang bijak. Samalah seperti anak yang 
bijak melakukan perkara yang bijak."  
www.familiazam.com
"Biarkan anak berdikari. Kalau anak silap memakai kasut, puji dahulu kemudian 
beritahu akan kesilapannya. Gunakan hikmah dalam teguran supaya mereka boleh 
terimanya."
www.familiazam.com
"Ajarkan anak tiga hubungan: SOLAT sebagai pengubung dengan Allah, SELAWAT 
sebagai penghubung dengan Nabi,serta SILATURRAHIM sebagai penghubung sesama 
manusia".

"Ajarkan anak-anak supaya berani menanggung risiko apabila ia gagal berbuat 
sesuatu atau terjatuh setelah ia mencuba katakan seperti, BIASALAH TU, HERO 
MESTI TAHAN SAKIT"
www.familiazam.com
"Bezakan anak dengan perbuatannya. Apabila pukul anak beritahu mengapa ia 
dipukul kerana berbuat salah. Bukan kerana membenci dirinya, tapi perbuatannya".
www.familiazam.com
"Tujuan utama mendidik anak adalah supaya mereka beribadah kepada Allah, ikhlas 
keranaNya terhindar daripada bahatya syirik dan selamat daripada fitnah api 
neraka".
www.familiazam.com
"Kiranya kita mengetahui anak bercakap dusta, jangan sengaja memerangkapnya 
dengan pelbagai soalan. Cara demikian mengajar mereka berdusta dengan lebih 
banyak lagi".


      

Kirim email ke