SAHAM AKHIRAT RAYUAN PESAKIT JANTUNG OKU Encik Mohammad Zahid bin Muda berusia 49 tahun (gambar atas) seorang Orang Kurang Upaya (OKU)sejak Beliau dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki dari paras paha kebawah dan tanpa tangan kanan. Beliau telah mula dikesan mengalami masalah berkaitan jantung pada 2009. Beliau yang telah berkeluarga dan mempunyai enam orang anak sering mengalami semput dan sesak nafas bila bergerak atau berjalan Beliau dirujuk oleh Hospital di Kuala Terengganu ke salah sebuah institusi perubatan jantung di Kuala Lumpur dan disahkan mengalami masalah cardiovascular. Malangnya rawatan pemulihan menerusi pembedahan tidak dapat dijalankan lantaran beliau tidak mempunyai kedua-dua belah kaki dan memerlukan rawatan berterusan dengan memasukkan tiub untuk mebuka saluran pada injap yang tersumbat setiap bulan. Bagaimanapun sebuah pusat perubatan lain sedang mengkaji kemungkinan melakukan pembedahan menggunakan kaedah lain dengan anggaran awal kos sebanyak RM 120,000.00. Bagi setiap kali menjalani rawatan, beliau memerlukan kos sebanyak RM 3,500.00 yang merangkumi perbelanjaan pengangkutan, bayaran pendaftaran hospital, bekalan ubat, makan minum beliau dan pengiring. Itu belum lagi termasuk kos diet pemakanan yang perlu beliau ambil setiap hari yang mencecah RM 1,800.00 sebulan, namun tidak dapat diambil oleh kerana tidak berkemampuan. Bagaimanapun beliau masih bernasib baik kerana bil rawatan hospital bagi rawatan pertama sebelum ini yang berjumlah RM 42,235.25 ditanggung oleh pihak hospital selepas rayuannya diterima dan bagi kos rawatan selanjutnya, beliau diminta mendapatkan dana sendiri. Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai kerani sementara di salah sebuah institusi latihan kebajikan yang dikelolakan oleh NGO’s telah terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama beberapa bulan sehinggalah beliau diberhentikan pada Januari 2011 ketika beliau masih dalam rawatan. Beliau kini hanya mendapat bantuan JKM sebanyak RM 300.00 sebulan manakala isteri beliau yang mengusahakan gerai makanan secara kecil-kecilan memperolehi pendapatan sebanyak RM500 sebulan tidak mampu untuk membiayai perbelanjaan rawatan sepanjang hayat beliau. Sehubungan itu beliau merayu kepada mana-mana pihak, samada syarikat atau orang perseorangan yang bermurah hati dan sudi membantunya agar menghulurkan sumbangan kepadanya. Semua sumbangan bolehlah disampaikan terus kepada beliau seperti alamat atau menerusi akaun tertera dibawah; Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) No. 11300-29-00009991-1 Akaun Maybank No. 1630-8208-8211 Mohammad Zahid bin Muda K/P 620719-11-5069 (Untuk sebarang maklumat lanjut, sila e-melkan kepada: [email protected] Adalah diharapkan agar sumbangan tuan/puan akan dapat membantu beliau mendapatkan rawatan sempurna dan berharap beliau akan cepat sembuh dan pulih seperti sediakala. Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mendapat balasan dan ganjaran jua daripada ALLAH S.W.T. Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani akan hambaNya. [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ -- www.itcenter.or.id - Komunitas Teknologi Informasi Indonesia Gabung, Keluar, Mode Kirim : [email protected] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/ITCENTER/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/ITCENTER/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
