Ass.Wr.Wb.
Do'a untuk menghindari Fitnah Dajjal di akhir zaman (Al-Hadits) :

"Allahumma inni audzubika min adzabil qabri wa min fitnatil mahyaa wal
mamaati wa min syarri fitnatil masiihid dajjal".
(Ya Allah, lindungilah aku dari azab yang besar, dan fitnah-fitnah hidup dan
mati dan dari fitnahnya Dajjal-al-masih).

Bacalah do'a ini setelah bacaan Tasyahud Akhir di setiap sholat. Yang ingat
Hadits-nya, mohon diposting ya.

Wassalam / Jaerony.-


----- Original Message -----
From: "agus rasidi" <[EMAIL PROTECTED]>
To: "MILIS ARROYYAN" <[email protected]>
Sent: Monday, August 15, 2005 9:52 AM
Subject: [Ar-Royyan-2062] Fw: [Dakwah] PERINGATAN UNTUK KAUM MUSLIMIN


> ass wr.wb
> milisnya berbahasa Melayu ( mALAYSIA ). Sudah lama ikut, tetapi baru email
> ini yang saya terima. Artinya tidak terlalu banyak emailnya.
> wass / rasidi
>
> ----- Original Message -----
> From: "Lenggang Kangkung" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[email protected]>
> Sent: Monday, August 15, 2005 9:30 AM
> Subject: [Dakwah] PERINGATAN UNTUK KAUM MUSLIMIN
>
>
> PERINGATAN UNTUK KAUM MUSLIMIN
>
> IMAM MAHADI AKAN MUNCUL.
> DAJJAL TERLALU HAMPIR
> NABI ISA AKAN TURUN
>
> Assalamualaikum wbt
>
> Saudaraku kaum muslimin.
>
> Beberapa bulan lepas saya telah menulis artikel peringatan bertajuk
> TAHUN GEMPAR 2005. Berbagai maklum balas yang saya terima dari
> pembaca. Yang paling banyak ialah ungkapan " Betul ke? ".Sinis dan
> tidak percaya. Khusus untuk mereka, suka saya membawa jawapan Saidina
> Ali r.a ketika menjawab tempelak seorang Yahudi. Yahudi itu
> berkata " Wahai Ali, adakah kamu pasti akan masuk syurga dengan
> sembahyang (dll amalan Islam)?" Jawab Saidina Ali r.a mahfumnya "
> Andai kata syurga dan neraka itu tiada maka saya dan kamu tidak rugi
> apa-apa..tetapi kalau benar wujud syurga dan neraka.insyaAllah saya
> berjaya dan kamu akan celaka"
>
> Demikianlah peristiwa-peristiwa yang saya garapkan dalam artikel yang
> lepas dengan merujuk kepada beberapa kitab dan pandangan mereka yang
> jujur dan warak. Konsep jawapan saya juga sama. Jawapan saya " Jika
> semua itu tidak berlaku..Alhamdulillah tetapi andai kata satu demi
> satu peristiwa-peristiwa tersebut terjadi, adakah kita mampu
> menghadapi tanpa persediaan?"
>
> Dalam artikel tersebut saya telah menulis beberapa perkara perlu
> diberi perhatian. Antaranya tentang kematian Raja Saudi. Innalillahi
> wainna ilaihiraaji'un. Pada hari Isnin, 31 Julai 2005 pada pukul 10
> pagi Raja Fadh telah kembali ke Rahmatullah.
>
> Dalam hadis koleksi saya mengenai Imam Mahadi a.s., tercatit bahawa
> apabila wafatnya Raja Arab akan berlaku perang saudara dan kekacauan
> akibat perebutan kuasa sesama mereka. Oleh yang demikian saya meminta
> saudara dan saudari sama-sama mengikuti dengan teliti perkembngan
> politik Arab Saudi . Sama-sama kita perhatikan dalam masa terdekat
> ini adakah terdapat bibit-bibit persengketaan yang dikatakan akan
> berlaku itu. Jika benar berlaku ternyata era Imam Mahadi akan bermula
> sebagaimana yang dijangka.
>
>
> Muhammad Hasanain Haikal menulis dalam bukunya Al-Maqalat Al-Yabaniah
> bahawa adanya mereka-mereka yang menunggu untuk menggantikan Raja
> Fadh. Dari kalangan saudara kandung Raja Fadh( As-Sudairiyyin), iaitu
> Amir Sultan ( Panglima perang dan Menteri Pertahanan) dan Amir
> Salman. Manakala pengganti Raja Fadh, Amir Abdullah Ibnu Badawiyyah
> adalah hanya saudara tiri Raja Fadh.Raja Amir Abdullah juga merupakan
> panglima Pasukan Pengawal Nasional. ( Gambar 1 )
> Gambar 1
>
>
> Tulisan ini digarap pada bulan Ogos 2005. Bulan Ramadhan tahun ini
> akan bermula pada awal bulan Oktober 2005 iaitu 4 atau 5 Oktober
> 2005. Gerhana bulan dijangka akan berlaku di awal Ramadhan. Dan pada
> pertengahan Ramadhan akan berlaku pula gerhana matahari. Pada malam
> Jumaat pertengahan Ramadhan akan kedengaranlah suara dahsyat yang
> menakutkan. Jadi, ada dua peristiwa. Satu siang iaitu gerhana
> matahari dan satu malam iaitu suara yang manusia tidak pernah
> mendengar sebelum ini.
>
> Pada bulan Syawal berikutnya bersamaan awal November 2005, akan mula
> berlaku Ma'ma'ah ( huru hara) yang berupa kecamuk peperangan antara
> negara-negara. Pada bulan Zulkaedah bersamaan bulan Disember 2005
> akan terjadi perselisihan antarabangsa. Pada tahun 2006, musim haji
> akan dilakukan 2 kali. Bulan Zulhijjah pertama bersamaan dengan bulan
> Januari 2006. Akan terjadi peristiwa pembunuhan sehingga darah
> mengalir di Jumratul Aqabah pada hari Idhul Adha di Mina. Haji pada
> kali ini tidak lagi berlaku dalam suasana aman. Selepas peristiwa ini
> era Imam Mahadi akan bermula pada awal Muharram 1427 hijrah bersamaan
> Februari 2006.
>
> Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum
> Yahudi amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Moshaikh ( Dajjal)
> akan muncul mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al-
> Masih ( Nabi Isa a.s) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita,
> kaum muslimin yakin bahawa Al-Mahadi, Al-Moshaikh( Dajal) dan Al-
> Masih a.s akan muncul. Menarik bukan?
>
> Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka
> membina tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan
> banyaknya. Malah telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya.
> Hari mereka akan disembelih di bumi Israel makin hampir. Mereka
> menempatkan tentera proksi di bumi Afghanistan dan Iraq untuk
> menghadang tentera dari Timur. Tetapi ramai umat Islam sedang lalai
> dan hampir tidak ambil peduli pada era yang ditentukan olehNya tetapi
> telah dikhabarkan oleh RasulNya 1426 tahun lampau.
>
> Ketahuilah era Islam menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda
> Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu
> yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan
> menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan
> memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.
>
>
> Tadahkan tangan dan berdoalah untuk pemimpin Agung kita Khalifah Al-
> Mahdi dan para pejuangnya. Di segenap ceruk dunia kini, sedang
> bersiap-siap 40 wali kutub, 313 orang Al-Badri dan 360 orang An-Najd.
> Mereka akan diikuti oleh 100,000 pejuang kaum muslimin yang akan
> berjuang seperti singa di waktu siang dan berdiri malam beribadat
> kepada Allah. Mereka-mereka yang terpilih itu kini berada di mana-
> mana. Setiap mereka akan mendapat alamat dari Allah. Apabila seruan
> tiba ( sedikit masa lagi) mereka akan menyahut seruan datang
> berbai'at/ berjanji setia dengan Imam Mahadi dan bersedia
> mencagarkan nyawa untuk agama. Mereka akan berduyun-duyun tampil
> mempertaruhkan jiwa raga untuk berjuang di sisi Imam Mahadi
> menegakkan kalimah Allah di muka bumi.
>
> Tetapi sebelum bendera Islam berkibar diseluruh pelosok alam,
> beberapa peristiwa yang besar akan berlaku terlebih dahulu dan
> merubah senario kehidupan di luar kebiasaan dan jangkaan. Tiada lagi
> teknologi maklumat, Teknologi bio dan teknologi nano. Bursa saham di
> seluruh dunia akan merudum dan berakhir.
>
> Saya pernah diberitahu oleh seorang ulamak yang warak bahawa Imam
> Mahadi akan berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka
> bumi. Katanya waktu itu manusia akan berkenderaan hidup bukan
> berkenderaan mati. Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era
> Mahadi hanya akan berlaku di waktu siang dan bersenjatakan panah,
> pedang dan tombak.
>
> Mustahil? Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu. Mengapakah
> Kaum Yahudi menempah pedang-pedang titanium? Adakah mereka lebih
> mengetahui dari kita? Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan
> sedang bersedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting
> pemusnahan bani Yahudi secara total dari muka bumi. Yahudi memang
> suka melawan takdir.
>
> Mengenai Imam Mahadi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara
> terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan
> datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani
> Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel.
>
> Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-
> tanya mengenai bani jawi. Pernah dengar ungkapan " masuk jawi" dan
> tulisan jawi?. Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari
> keturunan Nabi Ibrahim a.s. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti
> Hajar dan Ismail a.s yang masih kecil, Nabi Ibrahim sampai ke
> Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan baginda berkembang biak di
> Nusantara dan bergelar Bani Jawi. Tidak hairanlah militeri Israel
> telah lama bertapak di Singapura sebagai penasihat. Apa yang mereka
> cari? Kaum Yahudi telah mengetahui siapa Rasulullah dan di mana
> baginda dilahirkan. Demikian juga, Yahudi telah mengetahui siapa dia
> Imam Mahadi, di mana dia dilahirkan. Mereka sedang kelam kabut
> mencari Imam Mahadi kerana mereka tahu inilah orang yang akan menjadi
> khalifah dan memimpin kaum muslimin menyembelih mereka nanti. Tetapi
> mampukah Yahudi mengalahkan perancangan Allah swt?
>
> Sesungguhnya dari Bani Arab ada pemimpin agung, Rasulullah saw yang
> tercinta, dari Bani Israel muncul Musa a.s dan di akhir zaman muncul
> Mahadi a.s. Al-Muntazar dari kalangan Bani Jawi. Imam Mahadi a.s.
> adalah orang Jawi. Ada darah Rasulullah saw sebelah saidina Hassan
> r.a.dalam dirinya. Imam Mahadi telah wujud dan akan memimpin dunia
> ini dengan akhlak Allah yang mulia. Adil dan saksama. Di mana beliau
> berada? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
>
> Imam Mahadi bukan manusia luar biasa. Beliau adalah manusia biasa
> tetapi beliau adalah insan pilihan Allah. Sampai masanya beliau akan
> ditarbiyah oleh Allah hanya dalam satu malam sahaja. Bacalah kisah
> Jalut dan Talut yang tercatit dalam Al~Quran. Pemimpin bani Israel
> itu hanyalah seorang gembala kambing. Tiba-tiba sahaja dia dilantik
> menjadi pemimpin.Ini cerita dalam Al~Quran. Manakala Rasulullah saw
> pula hanyalah seorang anak yatim. Di saat dipilih sebagai Rasulullah,
> baginda pernah diperlekehkan oleh kaumnya. Ada yang tidak percaya.
> Ada yang menolak bulat-bulat. Imam Mahadi juga akan mengalami nasib
> yang sama. Ianya sunnatullah.
>
> Imam Mahadi bukan seorang insan bersinar-sinar bercahaya turun dari
> langit. Bukan juga seorang yang mempunyai kekuatan ghaib dan sakti.
> Beliau memiliki nusrah Allah swt. Peperangan demi peperangan akan
> dilalui olehnya untuk mengembalikan sinar agama di bumi ini.
> Kemenangan demi kemenangan akan dicapai oleh Imam Mahadi bersama
> tenteranya dengan izin Allah.
>
> Imam Mahadi tidak mencari harta dan kedudukan. Malah beliau akan
> membahagi-bahagikan harta sewenang-wenangnya. Yang beliau mahukan
> agar setiap manusia di muka bumi ini kembali memuji Allah dan
> mengagungkan hanya Allah. Beliau menyambung kerja Nubuwwah. Menyeru
> manusia kepada Allah. Beliau adalah Amirul mukminin dan Khalifah yang
> kita tunggu-tunggu.
>
> Imam Mahadi akan dibantu oleh pejuang-pejuang yang cintakan hanya
> Allah dan Rasul saw. Mereka sanggup mati kerana agama yang suci
> seperti para sahabat. Niat mereka juga seperti Imam Mahadi. Pengikut
> Mahadi a.s bukanlah pecinta dunia. Mereka tidak mencari pangkat dan
> harta, Mereka membantu Imam Mahadi menyebarkan kalimah Allah di
> segenap pelosok bumi dengan diri dan harta mereka.
>
> Lawatilah laman web zionis - " Temple institute". Di sana kita akan
> lihat betapa gigihnya kaum Yahudi mahu membina biara suci untuk
> menyambut kedatangan Al-Mosaikh mereka yang dinanti-nati sekian lama
> sebagaimana yang tercatat dalam kitab mereka.
>
> Saya menyeru kepada diri saya dan kaum muslimin agar membuat
> persiapan. Jangan berlengah lagi. Masanya bukan dekat. Tetapi teramat
> dekat. Kita tidak perlu membina Mesjid khas seperti kaum Yahudi.
> Imarahkanlah mesjid ditempat masing-masing. Ajak-mengajaklah denga
> penuh hikmah dan kasih sayang sesama kita. Hidupkan rumah-rumah Allah
> dengan amalan-amalan. Tingkatkan amalan persendirian dan ajaklah kaum
> keluarga meningkatkan amalan sebelum ujian-ujian besar melanda
> gelombang demi gelombang.
>
> Akhir sekali saya mengingatkan diri saya dan kaum muslimin agar
> jangan bertangguh-tangguh lagi mengamalkan tunjukajar Rasulullah saw
> sejak 1426 tahun yang lampau. Rasulullah saw mengajar doa tersebut
> kepada umatnya untuk mengelak dari fitnah Dajjal. Rasulullah saw
> mengajar doa tersebut kepada para sahabat begitu teliti seperti
> mengajar ayat Al~Quran pada 1426 tahun yang lampau. Masa yang masih
> jauh dari era Dajal. Tetapi para sahabat telah mengamalkannya.
> Sedangkan kita berada di ambang era fitnah Dajjal, Masihkah kita
> ambil sifat tidak endah? Mungkin ada yang tahu tetapi mengambil sikap
> sambil lewa dan menangguh-nangguh. Sedihnya sebahagian besar umat ini
> langsung tidak tahu doa ini. Apalagi mengamalkannya.
>
> Fitnah Dajal adalah besar dan serius. Ini bukan masalah hidup atau
> mati. Tetapi mereka yang terpengaruh dengan sihir Dajal akan jadi
> kafir, Na'uzubillah. Sabda Rasulullah saw mahfumnya, sejak zaman
> Nabi Adam, tidak ada Nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang
> fitnah Dajal. Sedarlah dan sedarkanlah seluruh kaum muslimin tentang
> peristiwa paling dahsyat yang bakal berlaku sedikit masa nanti. Salin
> dan sebarkan doa yang saya lampirkan ini.
>
>
>
> Saya memohon ampun kepada Allah dan meminta maaf kepada kaum muslimin
> jika ada salah dan silap dalam penulisan ringkas ini. Saya hanya
> memberi peringatan.
>
> Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin
> kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada.
> Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang
> Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya.
>
> Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir
> Dajjal.
>
> Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang
> bakal mendatang.
>
>
> Abu Basyir Ad-Daiki Al~Jawi
>
>
> HARI-HARI YANG PERLU DIPERHATIKAN
>
> BULAN & TAHUN BULAN & TAHUN PERISTIWA
>
> Ogos2005 Rejab 1426 Kematian Raja Fadh
>
>
> Oktober 2005 Ramadhan 1426
> 1. Gerhana di awal bulan
> 2. Bunyi yang menggerunkan ditengah bulan (malam)*
> 3. Gerhana di ditengah bulan(siang)
> 4. Ada tanda dilangit seperti tiang bersinar.
>
> November 2005 Syawal 1426 Peperangan dan huru hara
>
> Disember 2005 Zulkaedah 1426 Konflik antara Negara Islam/suku
> kaum
>
> Januari 2006 Zulhijjah 1426 Pertumpahan darah di Mina pada
> musim Haji
>
> Februari 2006 Muharam 1427 ( Hari Asyura) Imam Mahadi di bai'at
>
> * Jika ini terjadi simpanlah makanan untuk setahun.
>
>
>
>
>
> ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->



--------------------------------------------------------------
Milis Masjid Ar-Royyan, Perum BDB II, Sukahati, Cibinong 16913
Website http://www.arroyyan.com ; Milis jamaah[at]arroyyan.com


Kirim email ke