!--
_filtered {font-family:Batang;panose-1:2 3 6 0 0 1 1 1 1 1;}
_filtered {font-family:Latha;panose-1:2 0 4 0 0 0 0 0 0 0;}
_filtered {font-family:Tahoma;panose-1:2 11 6 4 3 5 4 4 2 4;}
_filtered {font-family:Verdana;panose-1:2 11 6 4 3 5 4 4 2 4;}
_filtered {font-family:"Comic Sans MS";panose-1:3 15 7 2 3 3 2 2 2 4;}
_filtered {font-family:"Arial monospaced for SAP";panose-1:2 11 6 9 2 2 2 3 2
4;}
_filtered {panose-1:0 0 0 0 0 0 0 0 0 0;}
/* Style Definitions */
p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal
{margin:0in;margin-bottom:.0001pt;font-size:12.0pt;font-family:"Times
New Roman";}
a:link, span.MsoHyperlink
{color:blue;text-decoration:underline;}
a:visited, span.MsoHyperlinkFollowed
{color:blue;text-decoration:underline;}
p
{margin-right:0in;margin-left:0in;font-size:12.0pt;font-family:"Times
New Roman";}
span.EmailStyle18
{font-family:Arial;color:navy;}
span.EmailStyle20
{color:black;}
_filtered {margin:84.95pt .4in 84.95pt .5in;}
div.Section1
{}
-->
Subject: Renungan bersama.....ISTERI
NAUZUBILLAH
nauzubillah... minta simpang malaikat 44..
Kisah ni agak panjang sedikit. Anyway, take Urtime b'coz it really2 good story.
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh
tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah,
apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok.
" Eh, makin kurus nampak. Diet ke ?" kata saya setelah
mempersilakannya duduk.
" Tak adalah... biasa la cikgu, kansekarang ni macam-macam kerja.
Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah... badan gemuk pun boleh jadi tinggal
tulang," balas Arifin.
"Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh.Seluar pun longgar,"
tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia
dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin
tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada
hajat yang hendak di sampaikan.
" Orang rumah saya sakitlah, ustaz ", kata Arifin.
" Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak tak
hendak. Sakit apa?" saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia
menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah
itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
Entahlah..." katanya perlahan, " limatahun lalu tiba-tiba saja badan
dia melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, dibelakang... penuh dengan lepuh macam
orang terkena air panas, " kata Arifin. Tambah kawan lama saya itu,
dia telah membawa isterinya , Niza, ke serata hospital dan klinik, namun ubat
yang di beri oleh doctor tidak dapat melegakan penyakitnya.
"Sakit apa, doctor pun tak tau," tambahnya. "Dah pergi berubat
kampung?" saya bertanya.
" Dah,tapi macam biasalah...bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh
kawasan orang bunian., sampuk... macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa
terbuang, tapi sakitnya takjuga sembuh," jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pulahingga
tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah
murung, kusut
" Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah
beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil
macam katak puru," tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat
sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik.
Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki
hingga ke muka. Di sebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat
terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa
berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat. Memang ada
yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Kebanyakkannya menyindir di
belakang , tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara
berhadapan. Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah.
Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut
yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang
memutih.
Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti
wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari
semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan
kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di
penuhi darah beku.
" Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni.
Kenapa dia, bukan orang lain ? Apa salah dia ? Kasian betul saya tengok,"
kata Arifin. Wajahnya sayu "Hidup kami pun jadi tak terurus macam
dulu". Di sebabkan doctor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza,
Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di
sana dan banyak wang di
habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat
mencari penawar keadaan penyakit
berkenaan.
" Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja
dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah
tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya
caramoden,"tambah Arifin. "Insya-Allah...."Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana
berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau
dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulahdia
meluahkan segala yang terbuku di hati.
"Apa yang dia cakap masa meracau tu ?" "Macam-macam ustaz...
tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa?. Dia
tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah... orang dah sakit memang macam
tu," kata Arifin. Saya Cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng
pun tidak.
Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk
kerumah Arifin pada malam esoknya.
Datang ya, ustaz . Saya tunggu,"katanya sambil mengangkat punggung. Dia
kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan,
saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
"Jemput masuk ustaz," Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah
bilik. "Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka
dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke
bilik berkenaan. Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut
paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
" Za... ni Ustaz Nahrawi datang," kata Arifin perlahan sambil
memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. Masya-Allah memang keadaan
Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu.
Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu
yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala
separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cumatersenyum tawar
memandang saya. Saya dekati dia dan selepas
lima minit meneliti keadaannya, saya panggil
Arifin ke sudut bilik. Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya; "Pin,
saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak
tersinggung ".
" Tak adalah ,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin.
"Err,...dari mana datangnya bau yang..." soal saya, tapi tak sanggup
nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk. "Ooo... mmm,
dari alat sulit dia," kata Arifin perlahan. "Keluar lendir bercampur
nanah." Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan
Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang
seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di
timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada
melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah
Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
"Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah." "Kalau
macam tu, baguslah,"kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya
meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka
supaya bersabar dengan ujian Allah. " Sama-samalah kita berdoa supaya dia
sembuh," kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah.
Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu
kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya. Memang
benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat.
Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya
lagi. Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat
memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya.
Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi.
Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis. "Ustaz,"
katanya, " sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu"
"Kenapa?" pantas saya bertanya. " Sejak dua tiga malam lepas,
dia minta ampun daripada saya dan
ceritakan segala-galanya". Arifin menyambung ceritanya; Malam itu saya
terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan
ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air
maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya "kenapa?" Dia jawab , supaya ikut kata-katanya dan tak
cari perempuan lain.
"Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah
berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya di
tundukkan dengan ilmu hitam."
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira
lah semasa saya bertugas diluar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah
membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki. "Niza sebutkan nama
lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan
setakat kawan saja, malah sudah ke tahap buat hubungan seks. Kerana itu dia
minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia minta saya maafkan." Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya
beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya
jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak
membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan...." Kata Arifin tanpa
sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengarceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan
orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi
bahasa pun elok.
" Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia," kata
saya. Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya
pergi. Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad
kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu." Lagipun,
dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak
botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi.
Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan
sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.
Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa." " Ampunkan dia
?" Arifin bertanya balik.
" Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain,
kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia ?" tingkah
Arifin dengan suara yang agak keras. Mungkin dia terkejut. " Ya... dia
pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya. Saya terus
memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu
lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik. Arifin
memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan
mudah.
" Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia ? Maki dia? Tak
ada gunanya... Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,"
jelas saya. Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya
nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu
Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
" Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya. Seminggu
kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah
meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana
ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya
tidak bernyawa lagi. "Tapi alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta
ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi
bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak
sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan
daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia."Namun demikian, kata Arifin,
lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham
isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah
dalam memilih isteri, jgn pandang hanya pada rupa......
RASIONAL TANPA EMOSI - KAKU...
EMOSI TANPA RASIONAL -
GILA...
DISCLAIMER: This e-mail and any files
transmitted with it ("Message") is intended only for the use of the
recipient(s) named above and may contain confidential information. You
are hereby notified that the taking of any action in reliance upon, or any
review, retransmission, dissemination, distribution, printing or copying of
this Message or any part thereof by anyone other than the intended recipient(s)
is strictly prohibited. If you have received this Message in error, you
should delete this Message immediately and advise the sender by return e-mail.
Opinions, conclusions and other information in this Message that do not relate
to the official business of PETRONAS or its Group of Companies shall be
understood as neither given nor endorsed by PETRONAS or any of the companies
within the Group.
DISCLAIMER : This e-mail and any files transmitted with it ("Message") is
intended only for the use of the recipient(s) named above and may contain
confidential information. You are hereby notified that the taking of any
action in reliance upon, or any review, retransmission, dissemination,
distribution, printing or copying of this Message or any part thereof by anyone
other than the intended recipient(s) is strictly prohibited. If you have
received this Message in error, you should delete this Message immediately and
advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other information
in this Message that do not relate to the official business of PETRONAS or its
Group of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by
PETRONAS or any of the companies within the Group.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com