Kisah utk renungan... 
  

  Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan 
keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam 
ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan 
tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.
  
  "Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.
  

  "Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak 
sedarkan diri! " jawab doktor itu.
  

  "Jadi bagaimana doktor ...?"
  

  "Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada 
harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau 
menyelamatkan si bayi!"
  
  Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata.......
  
  "Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" 
desak doktor itu.
  
  Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, 
saya sangat bingung ... Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan 
yang terbaik!" pintanya.
  
  Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah 
berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini.. Dan dia 
tahu apa yang harus dilakukannya.
  
  
------------------------------------------------------------------------------------------------------
  
  Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi 
keputusan disaat genting.
  

  Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan 
si anak, dan mengorbankan si ibu.
  

  Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan 
si bayi. 
  

  Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan 
terakhir dan muktamat. 
  

  Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?
  
  Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin 
ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah 
menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang 
penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).
  

  Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, 
agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa 
mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat 
kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak 
meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum 
sempat ditebus.
   
  
  Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor 
muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi 
akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat 
kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan 
mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak 
sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. 
Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak
  dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak 
menjadi orang yang tersesat.
   
  
  Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan 
agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu. 
  

  Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran 
agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita..
  

  Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal 
menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.
   
  
  Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
  1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh?
  2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu?
  3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai 
kopi/disco dahulu?
  4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
  5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
  6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
  7. Dan banyak lagi.....
  
  Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan 
melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.
  
  Kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan 
majlis² ILMU. Mudah²an selamat kita semua di dunia & di akhirat. Amiin.
  
  Wassalam. 


       "Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, 
Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari 
angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, 
lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.  
 

  Amin, ya Rabbal A'lamin."

   
   
  JUNHAIRI BIN ABD JALIL 
  PERUNDING TAKAFUL IKHLAS
019-3635331




       
---------------------------------
Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out. 

Kirim email ke