Hal-ehwal berkenaan dengan BOCOR
- Perkataan-perkataan sama erti: - tiris (atau tireh) -- utara semenanjung, contoh<http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=228542&extra=page%253D1>: "Mat kie dok heran awat kusyen kreta dia basah. Rupa-rupanya bumbung kreta dia tireh" ) - leleh -- contoh: "Habis cupak dari pelelehan." (peribahasa<http://www.karyanet.com.my/bahasa/kamus_peribahasa/index_peribahasa.php?alpha_abjad=h>, bermaksud: Adat yang dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali) - Bahasa Inggeris: - leak, leaky, leakages - Salah terjemah: - "I need to take a leak" --> "Saya perlu ambil bocor" - Pembetulan: "Saya nak buang air". - Gabungan: Sering digabungkan dengan perkataan-perkataan lain seperti berikut: - Soalan bocor -- contoh: "Apabila hampir dengan peperiksaan, sering kedengaran berlakunya soalan bocor" - Saku bocor (atau poket bocor) -- contoh: "Adakah kenaikan gaji kaki-tangan awam baru-baru ini dapat menampal saku mereka yang bocor itu?" - Bocor rahsia -- contoh: "Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut" (peribahasa: Jangan bocor rahsia, walaupun nyawa terancam -- kadang-kala disalah-tafsir sebagai: biar terberak, asalkan jangan termuntah) - Salah guna: Kadang-kala digunakan untuk merujuk kepada kedatangan haid (datang bulan) pada wanita. - Contoh: "Mana bocor, Batu Gajah pun tiap-tiap bulan pun bocor juga." - Ayat seperti di atas tidak harus dicontohi kerana struktur ayat yang tidak jelas dan penggunaan perkataan yang tidak tepat: "bocor" (seperti di atas) dan "pun" (bahagian pertama ayat menidakkan kebocoran, tetapi bahagian kedua menggunakan "pun" yang sepatutnya memperkuatkan pernyataan di bahagian pertama). - Pembetulan: "Mana (ada) bocor? Yang Berhormat dari Batu Gajah (yang) datang haid tiap-tiap bulan" - Walaubagaimanapun, ayat sperti ini tidak boleh diguna-pakai kerana isinya yang tidak sopan serta menunjukkan tahap pemikiran yang rendah. - Kejadian bocor yang paling terkenal di dunia: skandal "Watergate<http://www.watergate.info/> " - Kejadian-kejadian bocor yang paling terkenal di Malaysia: Bumbung bangunan parlimen, beberapa bangunan baru di Putrajaya, mulut ahli parlimen yang bocor, soalan bocor.
