> "1. JANGAN BERLAPAR 
> 
> Makanan memberi kita tenaga dan bila kita
> menggunakan tenaga kurang dari
> apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan
> mula membakar
> muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
> menyebabkan kadar
> metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak
> tahan berlapar, pada
> kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada
> masa ini, walaupun
> tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke
> paras normal, tetapi
> metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini 
> menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang
> sama lagi
> 
> 2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN 
> 
> Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan.
> Cara ini
> menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar
> isyarat melalui otak bagi
> menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan
> enzim dan asid HCL
> di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan
> penghadaman. 
> 
> 3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
> Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi
> dan membantu badan
> memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum
> makan makanan yang
> berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan
> makan dengan banyak. 
> 
> 
> 4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
> 
> Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula
> dan tidak baik untuk
> kesihatan tubuh. 
> 
> 5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
> 
> 
> Pengambilan garam yang tinggi menggalakan
> penangkungan air. Mengurangkan
> pengambilan garam bermakna badan anda menangkung
> sedikit air. Ini
> bermakna anda kurang berat yang disebabkan air. 
> 
> 
> 6. AMBIL SARAPAN PAGI
> 
> 
> Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan
> pengambilan sarapan pagi.
> Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil
> sarapan pagi lebih
> cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang
> mengambilnya.
> Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan
> hormone dan paras gula
> didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat
> untuk membakar kalori. 
> 
> 
> 7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN 
> 
> Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan
> gopoh. Kerana
> apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan
> menghantar isyarat
> menunjukan kepuasan. 
> 
> 8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
> 
> 
> Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum
> menelan kerana
> dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. 
> 
> 9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit
> daripada makan hanya
> sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
> 
> 
> 10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan
> ringan, beruslah gigi
> anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau
> berangin di mulut
> akan membantutkan selera anda. 
> 
> 
> 11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam
> makanan anda. Kalau
> boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
> 
> 
> 12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah
> air limau nipis atau
> jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran
> lemak. Mintalah
> minuman yang kurang gula.
> 
> 
> 13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber
> terbaik untuk vitamin,
> mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
> 
> 
> 14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari
> kerana anda tidak akan
> nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan
> waktu itu anda timbang
> berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda
> akan berputus asa
> untuk berdiet 
> 
> 
> 15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah
> seperti cili, biji
> sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan
> lada hitam bukan sahaja
> meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan
> pembakaran lemak. 
> 
> 
> 16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam
> Makanan
> Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran
> dan hasil bijirin
> banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein,
> vitamin, mineral dan
> sedikit lemak. 
> 
> 
> 17. SIMPAN SATU DIARI 
> 
> Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar
> dalam proses penurunan
> berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda
> makan dan berapa
> banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan,
> dan perasaan anda
> ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda
> peka kepada keinginan
> makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan,
> perhati dan kenal
> pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki
> tabiat pemakanan anda
> kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh
> membuatkan anda lebih
> fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda.
> Mulakan diari makanan
> anda dan rajin-rajinlah membuat catatan. 
> 
> 18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
> 
> Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat
> badan dalam jangka masa
> panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada
> untuk kurus kepada
> untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda
> untuk memikirkan dan
> memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh
> badan. 
> 
> 
> 19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah
> kalori dalam
> makanan adalah merebus memanggang atau mengukus.
> Khusus untuk sayuran,
> anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya
> satu sudu minyak
> masak). Hindari minyak atau lemak haiwan. 
> 
> 
> 20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring
> yang rata dan bukan
> piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi
> piring, kemudian baru
> nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin
> tambah, hanya sayuran
> yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja
> makan dan jangan di
> sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab,
> makin menarik
> program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda
> habiskan! 
> 
> 
> 21. Selain memberi peluang makanan untuk turun ,
> kebiasaan
> berjalan-jalan sesudah makan akan membantu
> menghabiskan sebahagian
> kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda
> berjalan satu kalori
> akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga.
> Tentu saja semua ini
> harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru
> saja terisi. 
> 
> 22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu
> diperhatikan adalah tabiat
> berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak
> berbelanja semasa perut
> kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan
> keperluan. Jika ingin
> membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan
> sayuran. Gerai
> makanan segera harus anda kunjungi paling akhir
> sekali jika memang
> benar-benar memerlukannya. 
> 
> 23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang
> ringan tetapi lama
> akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan
> alat seperti untuk
> permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh
> disamakan dengan gerakan
> penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki
> perut lebih kecil dan
> cantik. 
> 
> 24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu
> sudu gula mengandungi
> 32 kilokalori.
> 
> 25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk
> langsing 
> 
> i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa
> dipakai agar kaki tidak
> melecet dan sihat 
> 
> ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika
> terlalu tinggi,naik
> tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah
> denagan menaiki lif 
> 
> iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang
> dengan laju dengan nafas
> yang dalam 
> 
> iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi
> otot-otot dan sendi-sendi
> yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan
> peredaran darah 
> 
> v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi
> dalam tempoh yang
> lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha." 
> -- 



       
____________________________________________________________________________________
Get the Yahoo! toolbar and be alerted to new email wherever you're surfing.
http://new.toolbar.yahoo.com/toolbar/features/mail/index.php

Kirim email ke