Pesan makanan ============= Micheal warga Australia tidak boleh berbahasa melayu telah berhijrah ke Malaysia...
Ia mencari pekerjaan.. sebelum berhijrah teman-temannya mengajar dia untuk berkata "kuih donut dan kopi" dalam bahasa melayu agar ia dapat memesan makanan sendiri. Keesokan harinya, Micheal masuk ke sebuah warung. "Nak makan apa?" tanya pelayan. "Kuih Donut dan kopi," kata Micheal. Kerana hanya itu yang dapat dikatakannya, ia terpaksa memakan kuih donut dan kopi setiap hari selama satu bulan. Ketika dia mengeluh pada teman-temannya, mereka mengajar untuk mengucapkan "roti daging". Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya, Micheal masuk ke restoran dan terus memesan, "Roti daging." "Ayam atau Lembu?" tanya si pelayan. "Kuih donut dan kopi," kata MIcheal Menelan Syiling =============== Seorang anak telah tertelan duit syiling 10 sen.. lalu dia memberitahu kepada ibunya.. tapi si ibu dengan tenang mengatakan yang syiling tersebut akan keluar sewaktu membuang air besar. Pada masa si anak ini buang air besar, yang keluar bukan 10 sen tetapi 50 sen. Si ibu pun kehairanan, dia berpikir bila syiling ditelan maka akan keluar lebih banyak. Tanpa pikir panjang.. si ibu pun terus menelan syiling RM 1.00 dengan harapan akan keluar wang kertas yang mempunyai nilai yang lebih besar. Pada masa membuang air besar, yang keluar adalah sekeping kertas.... Si ibu dengan senyum membuka kertas tersebut untuk melihat nilainya.. lalu dia memdapati ada tulisan berbunyi.. "ANDA BELUM BERUNTUNG.. SILA CUBA LAGI.." Pertandingan Menyedut ====================== Satu pertandingan menyedut telah diadakan... di peringkat akhir tiga orang peserta telah dipilih untuk merebut gelaran juara. Peserta pertama.. sekali menyedut dengan hidungnya.. sebuah motor comel lenyap.. masuk ke dalam hidungnya. Semua penonton bertepuk tangan dengan meriah...... Peserta kedua pula menunjukkan aksi menyedutnya.. lalu... sebuah kereta GEN.2 disedut ke dalam hidungnya. Seluruh penonton pun memberikan tepukan gemuruh... Lalu Peserta terakhir.... penonton sudah tidak memperdulikannya lagi.. ini kerana sudah tidak ada lagi benda yang lebih besar yang dapat di sedut oleh peserta ketiga ini. Ketika peserta ketiga menunjukkan aksinya.. tiba - tiba terjadi Gerhana Matahari, keadaan pun menjadi gelap-gelita, lalu terdengar suara para Juri berkata..... " Ini lah dia pemenangnya !!! Lihatlah kita semua sudah berada di lubang hidungnya!!! "
<<attachment: duhh.jpg>>
