Oleh:
  Mohd Dzul Khairi Bin Mohd Noor,
  Yang Dipertua,
  Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya (PMIUM), Kuala Lumpur.
  www.pmium.org

   
  Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya (PMIUM) dengan tegas membantah 
sebarang cadangan untuk memindahkan Universiti Malaya (UM) ke mana-mana lokasi 
baru seperti kawasan Sepang yang diuar-uarkan sebelum ini. 
   
  Kami mewakili semua mahasiswa UM menyokong penuh keputusan Lembaga Pengarah 
UM untuk mengekalkan lokasi kampus di Kuala Lumpur dan membantah sebarang 
cadangan mengenai usaha memindahkannya ke mana-mana tempat. 
   
  Kami bersetuju dengan tindakan Persatuan Kakitangan Akademik UM, Alumni UM, 
pensyarah, pentadbir dan kakitangan UM dalam mendesak pihak berwajib untuk 
menolak segala perancangan tersebut. 
   
  Bahkan kami merayu agar pihak yang bertanggungjawab mengambil kira pandangan 
tokoh-tokoh sarjana negara seperti Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), 
Profesor Diraja Ungku Aziz, Dr Rozaidah Talib dan Profesor Datuk Dr. Khoo Kay 
Kim yang tegas mempertahankan lokasi UM selama ini.
   
  Usia emas UM KL yang hampir sama umurnya dengan kemerdekaan negara memberi 
nilai sejarah dan tradisi kesarjanaan yang begitu berharga kepada negara. UM 
yang melahirkan pelbagai tokoh yang sebahagiannya pernah berada di dalam rahim 
PMIUM seperti Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Dr. Mohamed Khir Bin Toyo, 
YB. Senator Dr Fuad Zarkasi, YB. Ahmad Shabery Chik dan Dato’ Dr. Siddiq Fadhil.
   
  UM dan lokasinya mempunyai perhubungan yang begitu erat umpama ikan dan air 
yang dikira sukar dipisahkan. Jika dipisahkan nescaya perasaan terhadap suasana 
UM akan berubah dan menjadi umpama universiti lain. UM Kuala Lumpur kini tidak 
akan sama sekali sama dengan UM di Sepang nanti.
   
  Lokasi kini yang terletak di tengah-tengah kesibukan bandaraya KL wajar 
dikekalkan bertujuan mengimbangi situasi materialistik yang begitu mendominasi 
di samping turut menyumbang ke arah penjanaan budaya ilmu di kalangan warga 
kota dari sudut semangat, emosi, sentimental dan praktikal.
   
  Hasrat membangunkan tapak kampus itu sekarang sebagai pusat komersial dan 
perumahan, menerusi projek dianggarkan bernilai RM10 bilion dianggap 
dipengaruhi budaya materialistik yang tidak mengambil kira kepentingan sejarah 
dan tradisi ilmu di situ seperti yang dibimbangi oleh Profesor Datuk Dr. Khoo 
Kay Kim. Bahkan keindahan alam sekitar UM dikhuatiri akan turut tercemar atas 
alasan pembangunan semata-mata. 
   
  Berhubung dengan hasrat Guocoland (M) Berhad, dicadangkan pihak terbabit cuba 
mengambil langkah sebaliknya dengan berani memajukan kawasan Sepang sebagai 
mewujudkan bandar satelit yang akhirnya dapat menyebarluaskan kawasan maju dan 
lengkap infrastrukturnya secara seimbang. Kejayaan yang diperolehi sudah pasti 
akan dihargai.
   
  PMIUM Untuk Semua.
  [EMAIL PROTECTED]
  www.pmium.org
   
   
    

   
   
   
   

 
---------------------------------
 Get your own web address.
 Have a HUGE year through Yahoo! Small Business.

Kirim email ke