Sepasang suami isteri baru melangsungkan
perkahwinan. Si suami bertanya kepada
isterinya sama ada dia boleh mempunyai
sebuah laci khas untuk dirinya sahaja.
Tanpa syak wasangka, si isteri pun
bersetuju. Setelah 30 tahun berkahwin,
si isteri tadi teringatkan laci
persendirian suaminya dan bila
diintainya didapati terdapat 3 biji bola
golf dan duit sebanyak RM2000. Si isteri
berasa hairan, apakah yang membuatkan
bola golf dan duit itu begitu rahsia
sehingga perlu disembunyikan
daripadanya. Si isteri mendesak si suami
supaya menceritakannya. Kata si suami,
“setiap kali abang curang di luar, abang
akan simpan sebiji bola golf di dalam
laci”. Si isteri berfikir, “30 tahun
kahwin baru ada 3 biji bola? Suami aku
tidaklah sejahat mana”. “habis tu apa
kena mengena dengan RM2000 yang abang
simpan?”, Tanya si isteri. Si suami pun
menjawab “setiap kali bola golf itu
cukup sedozen, abang akan jual”.
____________________________________________________________________________________
Building a website is a piece of cake. Yahoo! Small Business gives you all the
tools to get online.
http://smallbusiness.yahoo.com/webhosting