Ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin..Si laki ni ada satu tabiat buruk 
iaitu setiap kali bangun tidur mesti dia kentut, kentut puaka gitu sebab bunyi 
dia menggegarkan bilik tidur dan baunya ya rabbi tak leh nak cerita nanti 
pembaca muntah pulak

Si bini ni memang sokmo komplen pasal kentut tue dan banyak kali termuntah 
sebab tak tahan…tapi si laki dengan muka penuh selamba menjelaskan, kentut tu 
perkara semulajadi yang baik untuk kesihatan…. Satu hari si bini yang dah lama 
tak tahan perangai si laki berkata, “ satu hari nanti awak kentut bukan sahaja 
angin yang keluar… semua isi perut awak pun akan keluar sama, masa tu baru 
padan muka awak…”, si laki cuma sengih jer.

Hari raya korban pun tiba…keluarga tersebut banyak dapat daging dan dalam 
banyak2 bungkusan tue ada perut lembu, hati, paru-paru… maka timbullah idea si 
bini nak pekena laki dia…Masa laki dia tengah seronok tido dia telah longgokan 
perut lembu yang berjela2 betul2 kat bontot laki dia, lepas tu dia pun ke dapur 
untuk menunggu aksi seterusnya….

Dipendekkan citer…maka laki dia dia pun bangun dan macam rutine biasa dia 
melepaskan das das kentutnya yang maha dahsyat bunyinya dan maha busuk baunya… 
si bini tunggu dengan penuh khusyuk. Dari dalam bilik tido terdengar suara laki 
dia terjerit sakan,…hysteria gitu… sibini tertonggeng tonggeng dan guling2 
ketawa. 20 minit pastu silaki pun kedapur untuk sarapan.. sibini pun buat donno 
dan control macho....
“masin betullah mulut awak… habis tali perut saya terkeluar macam yang awak 
cakap hari tue”. Kata laki dia bersungguh-sungguh. “Habis tue abang buat macam 
mana?” tanya sibini sambil control suara dan perut yang nak pecah sebab nak 
ketawa.
“nasib baik abang tak panic… abang terus ke bilik air, dan sekarang dah 
settle...”
“abang buat macam mana?” Tanya sibini agak suspend.
“Dengan menggunakan jari sahaja abang berjaya memasukkan balik semua isi perut 
abang tadi…tak payah susah2 pegi hospital untuk operation”…Si bini terdiam kaku…


       
____________________________________________________________________________________
Building a website is a piece of cake. Yahoo! Small Business gives you all the 
tools to get online.
http://smallbusiness.yahoo.com/webhosting 

Kirim email ke