LUAR BIASA...
JAJA Stone memerah kudrat ketika menarik sebuah bas dengan menggunakan alat
sulitnya sambil diperhatikan orang ramai yang nyata tergamam dengan aksi itu
di Jakarta, semalam. - AFP.
------------------------------
Mungkin aksi menarik kenderaan berat dengan menggunakan gigi dan rambut,
biasa dilihat di kaca televisyen tetapi bayangkan seorang lelaki Indonesia
bernama Jaja Stone, berjaya menarik sebuah bas seberat 8.9 tan sejauh 50
meter dengan menggunakan zakarnya!.
Sekiranya aksi menarik bas oleh seorang lelaki menggunakan kekuatan tulang
empat kerat sudah cukup mengagumkan, maka apa yang dilakukan Stone boleh
dikelaskan sebagai perkara pelik tetapi benar.
Aksi berani Stone itu dibuat dalam satu pertandingan kekuatan yang diadakan
di Jakarta sempena ulang tahun ke-480 ibu negara Indonesia itu.
--
Shahrul Nizam Abdullah
http://groups.yahoo.com/group/kelakarnyer/