Note: forwarded message attached.
"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan,
Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari
angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka,
lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.
Amin, ya Rabbal A'lamin."
JUNHAIRI BIN ABD JALIL
PERUNDING TAKAFUL IKHLAS
019-3635331
---------------------------------
Pinpoint customers who are looking for what you sell. --- Begin Message ---
**
Inilah wajah orang yang berniat untuk membeli tanah Universiti Malaya (UM)
di Lembah Pantai untuk membangunkan kawasan tersebut. Beliau juga mahu
memindahkan Universiti Malaya ke Sepang. Sila klik
disini<http://www.bilgroup.com/2_profile/2-6_directors.html>untuk
membaca profil beliau. Sehingga hari ini, isu pemindahan UM senyap
apabila Pak Lah menyatakan bahawa UM tak akan dipindahkan.
Sehingga hari ini, masih belum ada satu kempen untuk mendedahkan siapa yang
kurang ajar dan berani untuk cuba-cuba merobohkan khazanah negara. UM yang
telah tercemar dengan pembinaan Kerinchi Link kali ini mahu dirobohkan
dipindahkan ke kawasan yang baru hanya kerana untuk memuaskan nafsu kaum
kapitalis yang tidak pernah peduli akan kesan-kesan sejarah dan khazanah
negara.
Kalau tidak kerana bekas Naib Canselor UM, Prof Ungku Aziz dan bekas
pensyarah UM, Dr. Syed Husin Ali cepat membantah usaha jahat ini, mungkin
Pak Lah akan tunduk dengan kemahuan Tan Sri Qeuk yang rakus untuk
memperkayakan dirinya.
Tan Sri Quek langsung tidak menghormati UM sebagai universiti pertama di
Malaysia. Jangan terkejut jika satu hari nanti, ada cadangan untuk
memindahkan Masjid Negara atau kuil India di Batu Caves dengan alasan
pembangunan.
Apa yang boleh dilakukan oleh kita sebagai seorang masyarakat yang sedar dan
cintakan kesan-kesan sejarah ialah dengan memboikot Hong Leong Groups
Malaysia. Boikot ini sudah pasti akan menjejaskan Tan Sri Quek dan sedikit
pengajaran dapat diberi kepada mereka-mereka yang kurang ajar!!!
--
http://abdulsaad.blogspot.com
http://abdulsaad.blogdrive.com
--- End Message ---