cuba baca yg no 9 tuh... geli i...
Seringkali berlaku perselisihan rumahtangga disebabkan oleh sikap suami yang
suka makan luar. Tabiat ini kadangkala boleh meruntuhkan rumahtangga yang telah
sekian lama dibina. Kes makan luar ini boleh melibatkan orang ketiga
termasuklah mamak, makcik mee rebus ataupun peniaga tomyam.
Kadangkala isteri telah bersusah payah menyediakan hidangan yang lazat dan
menyelerakan tetapi suami tetap nak makan luar. Berbagai cara telah dicuba
termasuklah menukar resepi hampir setiap hari dengan hiasan pinggan yang exotic
dan dianggap boleh membuka selera suami. Namun suami tetap bernafsu dengan
masakan kedai dan suka makan diluar.
Hasil dari satu kajian dikalangan suami, antara sebab-sebab mengapa suami
suka makan luar ialah :
1. Suasana sekeliling dan cuaca
Jika makan atau minum dikedai mamak suasananya lebih membuka selera walaupun
keadaan lebih bising dan kelam kabut dengan jerik pekik dan bunyi kenderaan
yang lalu lalang.
Kadangkala terpaksa berpindah tempat duduk dua tiga kali disebabkan oleh
hujan yang tempias. Itupun dikira masih selesa dan boleh menambah selera.
2. Minuman
Teh tarik kedai mamak lebih sedap dan lemak kerana susu yang digunakan
dikedai mamak berbeza cap nya dari susu yang digunakan dirumah. Cara mamak
menarik teh lebih panjang dan lebih tinggi dari cara isteri menarik teh
tersebut dirumah.
Dikedai juga terdapat variety teh seperti teh tongkat ali, kopi jantan
ataupun kopi radix. Dirumah teh hanyalah campuran teh, gula dan susu. Tidak
seperti teh dikedai yang kadangkala boleh mencapai 30 dalam 1.
3. Makanan
Nasi dikedai mamak lebih lembut dan gebu walaupun dimasak didalam periuk yang
lebih besar. Dirumah walaupun beras yang digunakan adalah beras yang terbaik
dipasaran dan dimasak dalam kuatiti yang sedikit masih juga sedap nasi dikedai.
4. Masakan
Tomyam dikedai lebih pedas dan secukup rasa kerana ianya dihidangkan oleh
"adik-adik" yang suka menjeling dan tersenyum walaupun tak ada apa-apa perasaan
pun ditambah pula dengan panggilan manja seperti tuan dan abang.
5. Cawan dan gelas
Minuman yang dihidangkan dikedai lebih sedap walaupun dihidangkan didalam
cawan atau gelas yang berminyak dan telah dikongsi entah berapa orang pelanggan
sebelum kita meneguknya.
6. Pinggan mangkuk
Makanan yang dihidangkan dikedai lebih sedap dan membuka selera walaupun
pinggan tanpa jenama tersebut hanyalah berharga tidak lebih dari RM3 sekeping
dan tiada sebarang bunga atau ukiran sebagai penghias. Sedangkan makanan
dirumah dihidangkan didalam pinggan mangkuk yang berjenama mahal serta penuh
dengan bunga dan hiasan yang menarik.
7. Kerusi meja
Makan dikedai lebih menyelerakan walaupun diatas kerusi dan meja plastik.
Padahal dirumah sendiri kerusi yang empuk serta meja yang teguh penuh dengan
hiasan bungaan dan ukiran.
8. TV dan layar besar
Makan diluar boleh sambil-sambil menonton TV atau tayangan dilayar besar,
walaupun ketika itu hanya ditayangkan perlawanan gusti yang memang tak minat
untuk ditonton. Makanan yang tak sedap pun boleh jadi sedap.
9. Pelayan
Diluar lebih berselera makan walaupun dilayan oleh mamak yang pure dari India
atau bangla yang bau ketiaknya bercampur baur dengan rempah kari. Padahal
dirumah sendiri isteri sentiasa wangi dan berpakaian seolah-olah nak masuk
tidur.
iklan..
Ikhlas Perdana PA
Manfaat
Pelan 1
Diri sendiri
Pelan 2
Diri dan Pasangan
Pelan 3
Keluarga
Kematian disebabkan kemalangan (Hilang upaya kekal dan menyeluruh)
Perbelanjaan pengkebumian
Faedah harian hospital (hingga 30 hari & tidak termasuk hari pertama)
RM 20,000
RM 500
RM 50
RM 30,000;
Pasangan RM 10,000
RM 500
Pasangan RM 500
RM 50
Pasangan RM 20
RM 30,000
Pasangan RM 10,000
Anak RM 2,000
RM 500
Pasangan RM 500
Anak RM 300 (setiap seorang)
RM 50
Pasangan RM 20
Anak RM 10 (setiap seorang)
Bayaran setahun
RM 30
RM 60
RM 63*
*Tambahan RM15 untuk Isteri kedua serta berikutnya dan RM 3 untuk setiap
anak, sumbangan di atas sebelum dikenakan duti setem sebanyak RM10.
JUNHAIRI BIN ABD JALIL
Perunding Takaful
019 ¡V 363 5331
10. Jarak perjalanan
Sanggup berjalan berbatu-batu hanya kerana ingin sangat nak makan diluar.
Biar hujan, biar ribut, biar panas terik, sanggup basah kuyup atau berlenggeng
peluh semata-mata untuk segelas teh tarik.
11. Hiruk pikuk
Dikedai lebih hiruk pikuk dengan sorakan manusia, tambah-tambah lagi dimusim
piala dunia. Tidak pulak sisuami merungut bising dan terlekat atau tidak
selesa. Dirumah sendiri walaupun suasana waktu makan yang syahdu serta
romantik, masakan tetap tidak sedap.
12. Kena bayar mahal
Teh tarik sanggup dibayar dengan harga RM2 segelas, padahal kosnya tak sampai
40 sen. Itu belum lagi termasuk bayaran parking dan "sedekah" pada kanak-kanak
yang datang menjual tisu atau kalendar.
Memang tak boleh nak buat apa.... memang dah tabiat dia camtu.
Jadi... jika suami anda suka makan luar walaupun sudah puas dileterkan,
biarkan saja. Tak guna anda terus berleter, buat kering tekak saja. Tindakan
yang terbaik ialah teruskan menyediakan makanan. Biarpun hanya anda dan
anak-anak yang menikmatinya.
Suami memang cepat jemu dengan hidangan dirumah. Tambah-tambah lagi jika
asyik-asyik makan ayam goreng, daging masak kicap dan sayur taugeh.
Sekali sekala cubalah pulak masak daging goreng, ayam masak kicap dan goreng
taugeh.
Setelah penat memasak jangan lupa menghidangkannya diatas pinggan yang
berbunga-bunga dan penuh ukiran.
Akhir sekali jangan lupa menyediakan tuala untuk lap tangan dan mulut.
SELAMAT MEMASAK UNTUK KERUKUNAN RUMAHTANGGA
PAK KADRI
"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan,
Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari
angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka,
lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.
Amin, ya Rabbal A'lamin."
JUNHAIRI BIN ABD JALIL
PERUNDING TAKAFUL IKHLAS
019-3635331
---------------------------------
Expecting? Get great news right away with email Auto-Check.
Try the Yahoo! Mail Beta.