Bersederhana itu kekayaan yang nyata
           

     
       

            "" Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan 
menjadi
            miskin "


            Jika perlu marah , marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan 
sabar ; 
            jika perlu menangis , menangislah tetapi usah terlupa dengan 
perkataan
            tenang ;
            jika perlu patuh , patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan 
.

            Jika mahu miskin , miskinlah tetapi jangan terlalu miskin , nanti 
mudah 
            menjadi kufur ;
            kalau mahu kaya , kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa
            perkataan sedekah ;
            jika mahu menjadi warak , lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya 
tetapi jangan
            sampai terlupa keperluan dunia . 

            Kalau mahu sebuah kereta mewah , belilah selagi mampu dan menepati 
keperluan
            semasa ;
            kalau mahu dua buah rumah , belilah asal jangan sampai tak tahu 
makna
            perkataan puas ;
            kalau mahu menimbun harta , bekerja keraslah asal jangan sampai 
terlupa 
            ibadah .

            Kalau mahu berhibur , berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan 
menyalahi
            syariat ;
            kalau mahu memperkatakan hal orang , berkatalah asal jangan sampai
            mengumpat ;
            kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang , cemburulah asalkan anda 
pun 
            berusaha kuat sepertinya .

            Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin 
selama-lamanya .
            Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua 
perkara .
            Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis ; 
            orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau ;
            orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak 
tidak
            berdaya .

            Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi 
hamba 
            kepada harta ;
            binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal 
dunia ;
            binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang 
kepercayaan
            orang dan tercalar maruah diri .

            Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan 
untuk 
            makan minumnya terpaksa meminta-minta . Seeloknya bersederhana dalam
            beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah , membuang halangan di 
jalanan
            juga ibadah , menasihati orang juga ibadah .

            Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia . Dia 
tidak akan 
            hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh 
kepopularitian Dia
            terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang 
yang
            mulia . Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi 
penebat pada 
            rasa dingin dan panas yang membakar .

            Sayidina Ali r.a . berkata , " Berkhairatlah mengikut kemampuan dan 
janganlah
            menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan ."

            Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin ; menyimpan harta 
jangan sampai 
            digelar si bakhil , beribadah jangan sampai semakin jahil .

            Kata sayidina Ali r.a . lagi , " Insan tidak akan melihat kesalahan 
seseorang
            yang bersifat tawaduk dan lemah lembut ."

            Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhana yang nyata , 
membangkitkan kasih 
            sayang dan menumbuhkan cinta tulus . Jika anda impikan penghormatan 
manusia
            maka bersederhanalah dalam berbicara , berbatas-batas tatkala 
bergurau senda
            dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira . 

            Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya .
           

     




.



 


-- 
This message has been scanned for viruses and
dangerous content by MailScanner, and is
believed to be clean.

Kirim email ke