________________________________
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of umar faruqi Dapatkan produk HALAL: <http://www.myfzbiz.com/?x=cash19> Sebelum baca nak komen sikit........... SIAPA KUAT KERAJAAN VS **** Penternak mahu notis pindah babi dibatalkan 20-09-2007 07:08:25 PM MELAKA: Dua penternak babi di Kampung Paya Mengkuang dekat Alor Gajah hari ini memfailkan tuntutan untuk membatalkan notis berhubung pengurangan jumlah ternakan itu yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) pada 21 Ogos lepas. Lim Oh Pah, 52, dan Ye Kim Onn, 62, mengemukakan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi di sini melalui peguam Teo Nie Ching. Teo berkata kedua-dua anak guamnya itu mendakwa notis yang dikeluarkan oleh MPAG supaya mengurangkan jumlah ternakan babi dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis dikeluarkan adalah tidak berasas daripada segi undang-undang. Beliau berkata notis itu tidak menjelaskan berapa jumlah yang perlu dikurangkan sehingga anak guamnya keliru dan tidak berpuas hati. "Oleh sebab itu, mereka mengemukakan tuntutan supaya mahkamah membatalkan notis itu," katanya kepada pemberita. Lim kini menternak lebih 10,000 ekor babi manakala Ye mempunyai lebih 7,000 ekor di ladang masing-masing di Kampung Paya Mengkuang dan Kampung Bukit Beruang. Pada 4 Sept lepas, kerajaan Melaka melalui pelbagai jabatan dan agensi berkaitan mengadakan operasi untuk memusnahkan lebihan ternakan babi di kawasan Paya Mengkuang, Bukit Beruang dan Man Lok. Bagaimanapun operasi itu ditangguhkan setelah mendapat bantahan penternak dan mereka berjanji untuk mengurangkan sendiri ternakan daripada lebih 140,000 ekor kepada 48,000 ekor. Berikutan itu, kerajaan negeri memberi tempoh kepada mereka sehingga 21 Sept ini (esok) untuk mengurangkan ternakan itu. Hari ini, tempoh itu dilanjutkan sehingga 4 Okt. Kerajaan Melaka sebelum ini memutuskan supaya jumlah ternakan itu dikurangkan berikutan pencemaran sungai dan udara akibat kegiatan berkenaan, selain bantahan penduduk yang tidak tahan lagi dengan bau busuk najis babi. BERNAMA <http://geo.yahoo.com/serv?s=97359714/grpId=3722425/grpspId=1705043731/m sgId=55230/stime=1190357211/nc1=3858797/nc2=3848577/nc3=3848640>
