Tuan2 & Puan2,

Sebelum timbul pra-sangka yg berpanjangan dan kemarahan yang tidak
bertempat di bulan mulia ini, izinkan saya menjelaskan sedikit tentang
artikel berkenaan.

1. Saya tidak anggap itu isu politik tetapi isu agama. Kalau
terang-terang isu politik spt kes di Terengganu tu, saya memang tak
luluskan.

2. Laporan adalah daripada akhbar luar negara - tidak tahu sama ada
sahih atau tidak. Macam2 cara orang buat laporan. Mungkin pernyataan
PM dipetik "out of context". Itu sebab saya minta baca dan FIKIR.
Jangan cepat melatah dan terus mencaci (sesiapa saja), terutama di
bulan mulia ini.

3. Kalau rasa nak balas atau bangkang, sila balas kepada orang yg
menghantarnya. Mungkin boleh bertukar-tukar fikiran.

4. Kalau rasa nak kutuk saya, kutuklah. Hantarlah email ke
[EMAIL PROTECTED] Kalau saya larat nak jawab, saya jawablah. Kalau
tidak, saya diam sajalah.

Wassalam
- TokMod


Kirim email ke