Gosip 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..
Gosip 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma
untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
Gosip 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan
pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti
awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci ........
Gosip 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut
tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
Gosip 5
Gosip ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen
at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la,
dia baru jer
balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia
betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police
officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at
the same time tu, there was an accident happen across the road. Quite major
jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident
scene. So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran
off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu Tanya
dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN
HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA
SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam
tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira)
cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman
RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.
Gosip 6
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan
pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan
kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan
gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin :
????????
Gosip 7
Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"
Gosip 8
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala
Gosip 9
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca
macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama
saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan
riang.
Gosip 10
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan
terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...
Gosip 11
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong
merah tu?"
Gosip 12
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat
punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu,
dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...
Disclaimer:
This message contains confidential information and is intended only for the
individual named. If you are not the named addressee you should not
disseminate, distribute or copy this e-mail.
Please notify the sender immediately by e-mail if you have received this e-mail
by mistake and delete this e-mail from your system.
E-mail transmission cannot be guaranteed to be secure or error-free as
information could be intercepted, corrupted, lost, destroyed, arrive late or
incomplete, or contain viruses.
The sender therefore does not accept liability for any errors or omissions in
the contents of this message, which arise as a result of e-mail transmission.
________________________________________________________
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/