Buat anakanda Nurin Jazlin dalam kenangan hari ini ibu meratap hiba, anakanda Nurin Jazlin telah pergi buat selamanya, perpisahan ini merenggut tangkai hati dan jiwa. ibu tahu... ibu perlu redha, kerana kematian pasti akan tiba, namun, pemergian mu anakanda... terlalu menyakitkan. anakanda Nurin Jazlin tersayang, yang ibu kandung sembilan bulan, yang ibu timang ketika kecil, yang ibu asuh dan kucup saban hari, kini semuanya hanya dalam lipatan kenangan, sepurnama lalu anakanda pergi tanpa jejak, dan 'kepulangan' mu, anakanda, terlalu menghampakan perasaan, kepulangan tragis mu, mengkhabarkan cerita derita, betapa anakanda meratap tangis, mengharap simpati... mengharap sayang... mengharap kasih... mengharap belas... alangkah kecewanya hati ibu, mengenang detik-detik terakhirmu yang penuh sengsara, dikala ratapan tangis itu, ibu kejauhan... tak tergapai tangan ibu, untuk merangkul tubuh longlai anakanda, untuk ibu dakap, usap dan kucup, untuk ibu pujuk, untuk ibu bisikkan ..."jangan menangis sayang, ibu sentiasa disisimu". hancur luluh hati ibu, melihat sekujur tubuh yang tidak bernyawa, terbaring kaku, sejuk bagai salju, matamu yang redup terkatup rapat, bibir mungil itu sepi tanpa bicara, segalanya di dalam hidup ibu, terasa bagaikan terhenti. anakanda Nurin Jazlin, hati ibu pasrah dengan ketentuan Yang Maha Esa, Dia yang lebih mengetahui. kini anakanda, tenanglah dikau di sana, terhentilah sudah deritamu, terpisahlah dirimu dari getir kehidupan, tiada lagi keluh kesah, oleh kehidupan fana yang penuh dugaan. hari ini... di saat ini, ibu seka airmata yang seringkali tertumpah, tiap kali bayangan wajahmu berkunjung tiba, bukan kerana ibu lupa padamu wahai anakandaku tersayang. walau dalam kehibaan yang teramat, ibu pasrah menerima hakikat, hanyalah di sini pinjaman Tuhan buat ibu. anakandaku sayang, zahirnya dirimu terpisah jauh, namun, di sudut hati ibu, tersemai kasih buat selamanya, dan selama itulah... anakanda akan sentiasa 'hidup' di dalam diri ibu, moga diizinkanNya bertemu dan bersama buat selamanya di alam kekal Al Fatihah. Hasil nukilan...ummininasma. walau bukan anak sendiri namun kesannya jauh menusuk hati.
[Jenaka dot kom] Nukilan Sajak untuk arwah Nurin
Borhan, Noraini N (GE Infra, Aviation, Non-GE) Fri, 28 Sep 2007 04:54:49 -0700
