Tiga Kali Jer Curang, bang..

by: ZeMMs

Total views: 3217 

Word Count: 372 
    






<!--
google_ad_client = "pub-0161410389033707";
google_ad_width = 336;
google_ad_height = 280;
google_ad_format = "336x280_as";
google_ad_type = "text_image";
google_alternate_ad_url = "http://www.lawakjenaka.com/alternate.php";;
google_ad_channel ="";
google_color_border = "FAFAFA";
google_color_bg = "FAFAFA";
google_color_link = "006699";
google_color_text = "000000";
google_color_url = "000000";
//-->


Pada
satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan
romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya,
seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia
mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan
senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria,
selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh,
abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik
bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya.
Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn
abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung
panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya
abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja
selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la
marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan
isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan
jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan
masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun,
kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh
bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri
menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria
pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah
kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm..
sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria
kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si
suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir
menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri
menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu,
abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya,
dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh
maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan
maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana
sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan
Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak 
masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi 
lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...



The end.




       
____________________________________________________________________________________
Need a vacation? Get great deals
to amazing places on Yahoo! Travel.
http://travel.yahoo.com/

Kirim email ke