Inayah Gus Dur ajak bersahur di gereja? 

> Oleh SALHAN K. AHMAD

>

> KUALA LUMPUR : Apakah tanggapan pertama yang timbul di fikiran anda

> sekiranya ada golongan tertentu cuba mengajak anda untuk bersahur
di

> dalam gereja atau kuil? 

>

> Mungkinkah anda akan terkejut dan berbaur perasaan marah kerana usaha

> berkenaan seolah-olah mencemarkan kesucian agama Islam dan

> memperolok-olok keimanan anda?

>

> Inayah Wulandari Abdurrahman, 24, sebaliknya yakin usaha sebegitu
akan 

> dapat membolehkan masyarakat - khususnya golongan muda meraikan

> kepelbagaian agama (pluralisme) yang mencorak kebanyakan budaya setempat

> di rantau ini.

>

> Puteri bongsu bekas Presiden Republik Indonesia Abdurrahman Wahid
atau 

> lebih dikenali dengan nama Gus Dur ini berkata, program berkenaan
adalah

> acara penting yang akan dijalankan serentak di Malaysia dan Indonesia

> pada Ramadan ke-25, 7 Oktober depan.

>

> "Pada asalnya kami merencana untuk mengadakan acara ini di The


> International Buddhist Pagoda, Brickfields. Bagaimanapun, kami belum

> yakin masyarakat Islam di sini dapat menerima idea sebegini, jadi

> program sahur

> ini akan diadakan di Universiti Malaya sahaja pada peringkat ini,"
kata 

> graduan Universiti Indonesia dalam jurusan Pengajian Indonesia ini

> ketika ditemui mStar Online hujung minggu lalu.

>

> 

>

> Barisan pemimpin Positive Movement, dari kiri Gilang Aditya Lestari,
25, 

> Sabilillah Ardie, 26, Gus Dur Inayah Wulandari, Suseno Dwinanto, 26.

> (Foto The Star oleh Sahar Misni)

>

> Katanya lagi, pertubuhannya berasa terpanggil untuk melakukan program

> berkenaan untuk membendung perasaan prejudis dan ekstremisme agama
yang 

> menurutnya semakin berleluasa di dalam komuniti berbilang agama di

> rantau ini.

>

> Beliau yang dalam rangka lawatan seminggu ke negara ini untuk mempromosi

> program berkenaan berpendapat, institusi akademik seperti Universiti


> Malaya dilihat sebagai ejen neutral yang boleh bekerjasama dengan

> pertubuhan Positive Movement pimpinannya untuk memupuk semangat

> pluralisme.

>

> Acara di universiti tersebut akan diselia oleh Mohamad Nasser Yusof,


> pengurus besar Pusat Perniagaan Pelajar di universiti berkenaan.

>

> "Jika di Indonesia, kami boleh jalankan aktiviti tersebut di
Gereja

> Besar Jakarta ( Jakarta Grand Cathedral). Tujuan kami adalah untuk


> memupuk rasa hormat dan rasa percaya di antara penganut-penganut agama

> berbeza," jelasnya.

>

> "Penganut Kristian boleh menyediakan makanan untuk sahur dan
penganut

> Islam pula boleh duduk dan makan bersama. Ini bukan suatu yang baru.


> Kami sudah menjalankan program seperti ini sejak 2005," katanya
lagi.

>

> "Kedua-dua acara di Grand Cathedral Jakarta dan Universiti Malaya
akan

> saling dihubungkan secara tele-persidangan," kata pemimpin gerakan
anak 

> muda itu yang telahpun berjaya membentuk satu jaringan belia di rantau

> ini.

>

> Turut dimuatkan di dalam acara sahur tersebut adalah program dialog
yang

> akan disertai pemimpin pelajar dan juga pegawai daripada Kementerian


> Luar dari kedua-dua negara.

>

> Awal bulan Ogos lalu, pertubuhan Positive Movement yang mempunyai

> pertalian dengan pertubuhan Jaringan Islam Liberal, telah menemukan

> kira-kira 100 orang pemimpin anak muda dari negara-negara Asia Tenggara


> bagi membincangkan beberapa isu yang berkait dengan soal keharmonian

> hidup bermasyarakat di rantau ini.

>

> "Kami telah membincangkan beberapa aspek undang-undang bagi komuniti

> bukan Islam yang tinggal di dalam masyarakat yang majoritinya muslim,"


> katanya ketika menjelaskan program dinamakan Bridge of Youth itu pada
8

> Ogos diBali.

>

> Beberapa orang aktivis telah berucap di acara berkenaan, termasuk

> wartawan Iwan Santosa dari akhbar harian Kompas, pengkritik sosial


> Thailand Sulak Sivaraksa dan bekas duta Indonesia ke Singapura Luhut

> Pandjaitan.

>

> Inayah yang mesra dengan panggilan Ina juga berkata Positive Movement

> turut mendokong isu-isu berkaitan kanak-kanak, alam sekitar, 

> penyalahgunaan dadah, pendidikan dan juga keamanan sejagat.

>

> ______________________________

>

>






 
Inspirasikan Hidup Anda Dengan Mutiara Kata,
Dapatkan Koleksi Mutiara Kata Terus Ke Telefon Bimbit,
3-5 Mutiara Kata/Hari Dengan Hanya Serendah RM0.30/Hari,
Eksklusif di EvolusiSMS.com
  

   






       
____________________________________________________________________________________
Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows. 
Yahoo! Answers - Check it out.
http://answers.yahoo.com/dir/?link=list&sid=396545469

Kirim email ke