-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of umar faruqi



 <http://www.surerich.net/puncaduit> 

Perkhidmatan Klinik Kesihatan Tasik Gelugor dipersoal SM Mohamed Idris Fri | 
Sep 28, 07 | 2:38:27 pm MYT


        
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merujuk kepada laporan akhbar-akhbar 
tempatan mengenai kelewatanan petugas di Klinik Tasik Gelugor memberi bantuan 
kepada empat kanak-kanak tadika, yang akhirnya lemas dalam tragedi sebatang 
tali air. 

Menurut laporan itu, bapa kepada salah seorang mangsa lemas telah terlebih 
dahulu membawa kanak-kanak itu mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik 
Kesihatan Tasik Gelugor tetapi mendapati klinik itu berkunci.

Berdasarkan laporan, bapa itu telah memaksa untuk membuka klinik itu dengan 
bantuan tukang kebun dan mendapati dua orang jururawat berada di dalamnya. 
Jururawat itu tidak merawat mangsa tetapi memberitahu si bapa bahawa doktor 
tidak ada dan budak itu perlu dibawa ke Hospital Kepala Batas.

CAP amat terkejut memandangkan mangsa masih lagi hidup ketika dibawa ke klinik 
dan mungkin boleh diselamatkan jika mereka menerima rawatan kecemasan.

Persoalan yang timbul adalah sama ada, walaupun pada hakikatnya terdapat 
jururawat berada di dalam klinik itu, adakah prosedur biasa untuk klinik itu 
dikunci. Adakah jururawat itu benar-benar tidak mampu untuk memberikan rawatan 
kecemasan untuk membantu mangsa?

Sekiranya terdapat seorang doktor ditugaskan di Klinik Kesihatan itu atau 
sekurang-kurangnya ‘on call’, jika demikian kenapa mereka tiada di situ? 
Adakah perkhidmatan ambulans juga boleh didapati?

CAP bimbang keadaan kecemasan seperti ini akan berlaku lagi pada masa depan. 
Orang ramai perlu tahu apakah yang boleh diharapkan daripada Klinik Kesihatan.

CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya memberikan penjelasan dengan lebih 
lanjut perkhidmatan Klinik Kesihatan secara umum dan maklumat khusus mengenai 
tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Kesihatan dalam kes ini.

* Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang. – lanh 


Pengedar dikehendaki. Layari....... http://hlm4u.blogspot.com 
<http://hlm4u.blogspot.com/>  untuk maklumat lanjut & testimoni pengguna. 


Join me :
http://groups.yahoo.com/group/ReSpeKs/join 
<http://groups.yahoo.com/group/ReSpeKs/join> 



hlm_2u2
Weblog : http://hlm4u.blogspot.com <http://hlm4u.blogspot.com> 
http://groups.yahoo.com/group/respeks 
<http://health.groups.yahoo.com/group/respeks> 

________________________________

Boardwalk for $500? In 2007? Ha! 
Play Monopoly Here and Now 
<http://us.rd.yahoo.com/evt=48223/*http://get.games.yahoo.com/proddesc?gamekey=monopolyherenow>
  (it's updated for today's economy) at Yahoo! Games.

 

Kirim email ke