sye nk tau la kot2 spe yang thu jwapan ni.jika seseorang mengeluarkan air mani 
di bulan ramadhan.adakah puasanye batal..

~~~~~~~~~~~~~~~~~ Komen moderator ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perkara hukum-hakam ni eloklah ditanya pada yg arif: ustaz, ustazah etc. Kalau 
tanya di ruangan yg bernama JENAKA DOT KOM, tentulah tidak molek. 
Walaubagaimanapun, sebab dua kali soalan ini ditanya, saya beri jawapan yg ada 
pada laman web Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS):

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara di bawah ini :
1.      Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
2.      Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) atau qubul(jalan 
depan) dengan sengaja .
3.      Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) .
4.      Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.
5.
        Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti 
berpeluk-cium
        dan sebagainya.
6.      Kedatangan haid atau nifas.
7.      Gila walaupun hanya sekejap masa.
8.      Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga 
terbenam matahari.
9.      Bersalin.
10.     Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari.
11.     Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan 
hati, perkataan
        atau perbuatan.

Link: 
http://www.jais.gov.my/ramadhan/batalpuasa.php?PHPSESSID=49cde9cba26b691ed33a534dbbb10751

 SOAL JAWAB AGAMA JAIS

Sila Ajukan Soalan Anda ke [EMAIL PROTECTED]

Untuk soalan berkenaan Pembahagian Harta Pusaka dan Wakaf
sila ajukan ke
Majlis Agama Islam Selangor(MAIS)
Tingkat 9 & 10, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
Seksyen 5 Shah Alam Selangor
di Talian 03-5514 3400 (waktu pejabat).

Untuk soalan berkenaan Hukum Hakam dan Penfatwaan
sila ajukan ke

[EMAIL PROTECTED] (Jabatan Mufti Selangor)

************************************************************

Anda juga boleh merujuk koleksi soal jawab/ kemusykilan agama dengan melayari
laman-laman web pada menu Hiper Rangkaian. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kirim email ke