Setem
Disebuah negeri terdapat beberapa orang Raja yang memerintah. Raja-raja di
negeri itu pulak ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang terkenal dengan
kediktatorannya.
Pada satu hari Perdana Menteri tersebut telah merasmikan pembukaan pejabat
pos. Apabila beliau melawat pameran sempena perasmian pejabat pos berkenaan
beliau terkejut kerana hampir kesemua setem-setem yang dipamirkan mempunyai
gambar-gambar Raja. Beliau dengan angkuhnya memanggil pengarah jabatan pos dan
menyuruhnya menggantikan muka-muka Raja tersebut dengan wajahnya.
Selang beberapa hari beliau berbangga kerana muka-muka Raja tersebut telah
tiada dan wajahnya yang tertera di situ. Selepas seminggu berlalu, beliau
mendapat berita yang mengatakan surat-surat yang dipos tidak ditampal dengan
setem wajahnya.
Dengan marahnya beliau telah memanggil pengarah jabatan pos dan bertanya
mengapa kesemua surat-surat tidak ditampal dengan setem wajahnya. Pengarah
mengatakan bahawa setem-setem tersebut tidak lekat apabila ditampal kerana
semua pengguna tidak meludah setem itu di belakang setem sebaliknya meludah di
bahagian hadapan setem.
Cuti Sakit
Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar
sebagai ibunya.
Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?
Cikgu : Ya, saya.
Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?
Salmah : Emak saya...
Masjid Jamek
Pada suatu hari yang damai, Tipah berjalan menuju ke stesyen LRT yng
berdekatan dengan rumahnyer. Sesampainyer dia di situ, dia terus bergerak ke
kaunter dan dengan senyuman yang menyeringai dan ramahnyer dia terus bertanya,
"Kak ....Masjid Jamek berape?".
Akak jaga kaunter tu kebetulan pulak baru dapat call dari kawan dia. Kawan
dia report yang suami dia tgh dating ngan awek lain. Dengan rasa marah dan poyo
yg masih bersisa maka akak kaunter pon jawab, " Masjid Jamek ade satu jek."
iklan..
Ikhlas Saving Takaful
Puan Azlia, 30, seorang pekerja kilang bercadang untuk mengambil perlindungan
Takaful dengan anggaran premium maksima RM 70 sebulan.
Manfaat
RM
Kematian biasa / Keilatan kekal
Kematian kemalangan
Manfaat penyakit kritikal
Elaun bulanan hospital
42,500
52,500
10,000
30 sehari
Caruman Puan Azlia akan disambung oleh pihak Takaful Ikhlas sekiranya musibah
(kemalangan & penyakit kritikal) melanda.
Premium bulanan ialah RM 70.00, suku tahun RM 205.00, setengah tahun RM
404.00 dan bayaran secara tahunan ialah RM 800.00.
JUNHAIRI BIN ABD JALIL
Perunding Takaful
019 ¡V 363 5331
Parti
Hamid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke Pulau Pinang kerana dinaikkan
pangkat.
"Semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran dan telah
menempah supaya diadakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian saya"
kata Hamid kepada Wahub.
"Baguslah tu. Habis kenapa pulak yang kau bersedih ni?" tanya Wahub.
Jawab Hamid, "Saya tidak dijemput..."
Temuduga warden
Suatu hari datang seorang pemuda untuk ditemuduga bagi jawatan warden sebuah
penjara.
Pegawai :Awak ada pengalaman ke?
Pemuda :Tak ada.
Pegawai :Awak mesti dasyat kalau dapat keje kat sini.
Pemuda : Kenapa tuan?
Pegawai : Banduan di sini ganas-ganas semuanya. Boleh ke awak handle?
Pemuda : Ooohhh...tak ada masalah. Kalau diorang menyusahkan saya, saya
keluarkan je!!
JUNHAIRI BIN ABD JALIL
EKSEKUTIF PEMASARAN TAKAFUL & BANK ISLAM
019-3635331
---------------------------------
Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.