________________________________
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of umar faruqi Unit Amal NS lancar Skuad Khas Posted on Tuesday, January 01 @ 07:36:38 MYT by SongkokPutih <http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=5458&mode=&order=0&thold=0> Berita <http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&new_topic=2> Oleh rozmal <http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username=rozmal> " Logo<http://tbn0.google.com/images?q=tbn:_r0_KwV8IHLlmM:http://al! .zinki.googlepages.com/UNITAMAL51.jpg> Dengan perubahan iklim global yang semakin tidak menentu pada ketika ini , Unit Amal Negeri Sembilan dalam perancangan untuk menubuhkan Skuad Khas untuk membantu mangsa-mangsa yang ditimpa bencana alam di Malaysia ini seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan sebagainya. Unit Amal Negeri Sembilan sebelum ini telah menyertai beberapa misi membantu mangsa Tsunami di Kedah, mangsa banjir di Johor dan selatan Negeri Sembilan , dan pada ketika ini mangsa banjir di Pahang. Pelbagai kemudahan dan peralatan asas adalah amat diperlukan untuk menjayakan misi membantu mangsa bencana alam bukan sahaja ketika musibah tersebut melanda malah selepas musibah antaranya untuk membersih rumah, masjid, surau dan sekolah selepas banjir. Justeru itu Unit Amal N.Sembilan menyeru kepada orang ramai, khususnya di Negeri Sembilan untuk bersama menyumbang bagi melicinkan lagi perjalanan Skuad Khas Unit Amal N.Sembilan ini. Antara kemudahan asas yang diperlukan ialah : 1. Kenderaan pacuan empat roda 2. Bot 3. Enjin bot 4. Set generator elektrik 5. Pam air berenjin 6. Mesin jet air 7. Jaket keselamatan 8. Walkie talkie 9. Sistem penapis air Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi AJK Unit Amal N.Sembilan yang berikut : Sufian 013-3589328 Zulkarnain 013-6341990< /font> Nazri Zainal 019-9103431 Nazri Esa 012-6775537 Unit Amal NS telah menghantar satu pasukan untuk membantu membersih rumah mangsa banjir pada 29 Disember 2007. Satu pasukan akan dihantar ke Pahang pada 4 Januari 2008. Mereka yang ingin menyumbang atau turut serta sila hubungi nama AJK di atas. " KALAM HIKMAH : " Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq ) " Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -I mam Umar bin Abdul Aziz
