________________________________

From: [EMAIL PROTECTED]
[mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of rieta ba




mmm...sedihnyer...
inilah keluhan seorang isteri yg sentiasa setia bertahun-tahun bersama
suami.
kekadang terfikir di hati saya, tidakkah dia (suami) memahami hati
nurani kita
sebagai seorang isteri. jika ader kurang nyer kiter tegurlah,jika ader
silapnyer kiter perbetulkanlahlah, jika ader kurangnyer kiter
katakanlah...
tidak kah dia(suami) tahu, hidup kiter,kasih sayang kiter, jiwa raga
kiter, semua kesempurnaan hanya untuk dia..
ape yg kiter mampu berikan yang terbaik dan selalu berdoa kepada tuhan
agar kebahagiaan milik kiter selamanyer..namun ujian dari NYA pasti ada
hikmah disebaliknyer.
mmm....sedih lak plak kan. 


----- Mesej Asal ----
Daripada: Mimie <[EMAIL PROTECTED]>
Kepada: [EMAIL PROTECTED]
Dihantar: Selasa, 1 Januari, 2008 2:30:08
Subjek: Re: ^blalang^ [Fwd: Duka Hati Seorang Isteri]



alahai sedihnye.... sampai nangis i baca..
apa dia yg x paham?????
abang tu suami, sayang tu istri & farah tu orang ketiga mereka ( sahabat
mereka )...ish..ish. .ish.....
 

        ----- Original Message ----- 
        From: abulolahim abulolaman
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>  
        To: blalang_group@ yahoogroups. com
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>  
        Sent: Monday, December 31, 2007 4:10 PM
        Subject: Re: ^blalang^ [Fwd: Duka Hati Seorang Isteri]


        cito eh panjang bukan main...yang den heran eh...sapo dio
abang,sayang dan farah?apo punyo cito ni...?TAK PAHAM DEN....
        
        Abdul Rahman bin Johari <[EMAIL PROTECTED] t.com.my
<mailto:[EMAIL PROTECTED]> > wrote: 

                Ini adalah kisah novel pendek...
                
                "Maafkan abang, sayang." Remuk hati seorang isteri
dikala suami yang 
                selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya
akhirnya mengakui 
                akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan
hidupnya. Sungguh tidak 
                kuduga... inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit
cintaku padamu 
                suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir.
Kehangatan air 
                mataku meneyelinap kedalam diri.
                
                Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan
suamiku 
                melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta
kami selama sepuluh 
                tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak
sedikit pun abang 
                menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita
sudah tidak 
                bersisa lagi.
                
                Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati
seorang wanita 
                yang bergelar isteri. Kadangkala aku sendiri tidak yakin
dengan dirimu 
                abang. Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan
cinta yang 
                sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan,
susah senang kita 
                bersama. Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk
perbelanjaan 
                sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan
yang ada untuk 
                membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang
nyaris meragut 
                nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam?
Ingatkah abang akan 
                janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika Abang
mengenggam jari 
                Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana
diberi peluang 
                kedua untuk bersama sayang.
                
                Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana
baru ketika ini 
                abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang
sudah tidak mampu 
                kecapi lagi. Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke
hospital untuk 
                rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah
kerana dapat berbakti 
                padamu, Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi
buatmu.
                
                Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang
ikhlas menjaga makan 
                minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita.
Mungkin ada 
                waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab
isteri. Sayang 
                sedar ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan
Sayang hargai 
                toleransimu. Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang
abang adalah 2 
                perkaran yang sentiasa
                membuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang
bahagia. Dan 
                kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit
waktu pun. Tapi 
                Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga.
                
                Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan
abang untuk 
                menikah lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang
masih kemas 
                kugengam. Memang dalam hidup seorang isteri seperti
Sayang, poligami 
                adalah seperkara sayang takuti. Sayang takut bila isteri
abang dua 
                ..kasih abang satu. Dan Sayang takut jika kasih yang
satu itu bukan 
                milik Sayang lagi. Abang malam ini abang mengaku akan
hubungan yang 
                selama ini tidak sayang ragui. Sayang ikhlas dengan
bantuan abang. 
                Sayang bangga kerana punya suami sepertimu abang. Suami
yang bukan 
                sahaja penyayang malah seoarng lelaki yang mudah simpati
pada orang yang 
                memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu datang
menangis-nangis 
                kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama
suaminya,
                kita bantu Farah dan anak-anaknya.
                
                Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan
Sayang di 
                Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah
anak-beranak di 
                rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan
Farah di tempat 
                Abang makan gaji. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di
waktu siang. 
                Mungkin kerana ketidakhadiaran cahaya mata dalam kamus
hidup kita, 
                Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sendiri.
Selama 3 bulan itu 
                Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang,
Sayang dapat 
                menjalani kehidupan seorang ibu. Di waktu Farah rasa
terancam dengan 
                ugutan suaminya, Sayang bangga abang berani melindungi
Farah dan 
                anak-anak. Betapa di kala itu, abang bagaikan wira
dahulukala. Di saat 
                Farah merasai hidupnya musnah dirobek suaminya, Sayang
beri Farah 
                Harapan. Sayang tiupkan semangat. Segala-galanya demi
nilai satu 
                persahabatan. Tapi cermin persahabatan itu remuk
berderai. Malah hati 
                seorang wanita ini lebih terluka bila wanita yang
menjadi dalang cinta 
                kami adalah Farah.
                
                Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang
kau balas. 
                Rupanya kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu
kau balas dengan 
                belaian manja pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah?
Kata orang bertepuk 
                sebelah tangan tak akan berbunyi. Mungkin salahnya
datang dari suamiku 
                tapi tak bolehkah kau fikirkan akan nilai persahabatan
kita? Dan kerana 
                persahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh
dari hidupmu? 
                Tidak pernaha dalam sekelumit aku waktu, kupinta darimu
untuk melayan 
                suamiku sebegitu rupa.
                Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri
orang. Proses
                ceraimu masih belum sampai jauh talak. Kau masih isteri
orang Farah.
                
                Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku
yang kusut itu 
                diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapakan lagi.
Kukutip permohonan 
                suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar
dari bilikku. Di 
                kala itu kulihat suami sedang leka dibuai perasaan. Di
atas Sofa empuk 
                itu, Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup.
Kuhampiri suamiku. Di 
                kala itu pandangan kami bertemu. Jika semalam, pasti ada
gelora asmara 
                cinta bila pandangan kita bertaut tapi malam
ini.......pertama kali 
                sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh
wajahmu abang. 
                Lembut Suamiku menarikku kesisi.
                
                "Abang... Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang. 
                Berterus-teranglah walaupun ianya paling pahit untuk
diterima. Apa yang 
                abanag cari pada Farah?
                
                Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup
Abang sekarang?"
                
                Sakit hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku.
Tidak dapat ku 
                bayangkan kekecewaan yang melanda. Perlahan kuamati
suamiku. Abang 
                walaupun hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah
merasakan peritnya 
                kehilanganmu.
                
                "Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan
Sayang kerana 
                membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi.
Dan Abang 
                simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia." Dalam
saat-saat sebegini 
                Farah masih dihatimu.
                
                "Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?"
                
                "Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan..."
Walaupun payah, 
                Abang masih memenangi dirimu. Abang.. Abang.. Aku
mengeleng sendirian. 
                Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata
sudah makin murah 
                untuk menagalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang
masih kekal kuat 
                seperti
                dahulu.
                
                "Bagaimana halal dan Haram Abang?" Aku masih cuba
berlaku tenang. Aku 
                kalau boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang
berlaku. Suamiku 
                terdiam. Dia semakin resah.
                
                "Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu

                bertanggungjawab atas keterlanjuran kami." Mudah sungguh
Abang membina 
                alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan
taubatmu. Aku 
                tersenyum sendirian.
                
                "Abang masih belum jawab soalan Sayang. ? Apa yang
membuatkan Farah 
                lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Antara
dengar dengan tidak 
                aku cuba mendapatkan kepastian.
                
                "Farah.. Farah.." Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada
nada-nada 
                ktidakpastian pada raut wajahnya. Lembut kugenggam
tangan suamiku.
                
                "Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu. ." Dengan
isyarat mata aku cuba 
                memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur
denganku.
                
                "Sayang.. Farah mampu menjadiakan Abang...AYAH. ." Dan
aku cuma tersenyum 
                mendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga.
Luruh hatiku 
                mendengar alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini..
                
                "Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang
menolak. Abang kata 
                biar susah senang kita sehidup semati..hanya ajal
memisahkan kita. Tak 
                akan ada dua atau tiga dalam diri Abang.."
                
                "Sayang... itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup
abang sepi Sayang 
                tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang
berkebolehan 
                mendapatkan anak." Aku semakin sakit mendengarnya. Abang
hina kecacatan 
                hidup ini. Abang ungkit kekurangan diri ini.
                
                "Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah
setelah Farah 
                Halal buatmu." Segera aku bangkit dari duduku. Dengan
kekuatan yang 
                masih berbaki, ku pandang suamiku sebagai pandangan
terakhir. Hati ku 
                sudah terluka abang.
                
                Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu
Sayang tapi.. 
                yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah
buat Abang 
                dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati
ini Abang. 
                Biarlah kisah cinta kita terkubur disini. Kuhulur salam
terakhir buat 
                suamiku. Kukucup suamiku dan kubisikkan padanya...
                
                "Tapi Abang Sayang tidak mampu membuang hubungan haram
abang dari kaca 
                mata Sayang. Bebaskan Sayang.." Tersentak suamiku.
                
                "Nanti Sayang..." Suamiku menarikku hampir padanya.
                
                "Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah
Farah 
                kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang Ayah
sepertimana yang 
                Abang impikan. Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih
lebih-lebih lagi 
                bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan..
Abang lupakan 
                Sayang. Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan
kepercayaan 
                sayang dan Hanya kerana 3 bulan simpati Abang buang
halal haram satu 
                hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang ada ayah
seperti itu.. 
                Maafkan Sayang,Abang. "
                
                Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku.
Tiada tolehan 
                kedua buatnya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma
....janin 
                berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih kita. Itulah
kebesaran tuhan 
                Abang.
                
                Assalamualaikum suamiku.
                
                


        
________________________________

        Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo!
Mobile. Try it now.
<http://us.rd.yahoo.com/evt=51733/*http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i6
2sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ>  

        



________________________________

Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/ <http://my.mail.yahoo.com/>  

 

Kirim email ke