ade tak bc paper metro hari ni, sy terkejut degan kenyataan seorang isteri yang 
meminta cerai dari suami dan sangup digelar nusyuz.. kerana perbuatannye yng 
menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja. walaupun suaminyer sudah memberi 
nasihat agar bertaubat.. sedih dengan sifat wanita tersebut. ia telah menyalah 
gunakan kebebasan yang diberikan si suami unutk bekerja... tidak semuanyer 
lelaki curang dan tidak semuanyer wanita itu sempurna....
  ----- Original Message ----- 
  From: Siti Khuzaimah 
  To: [email protected] 
  Sent: Monday, January 07, 2008 1:12 PM
  Subject: Re: [Jenaka dot kom] Duka Hati Seorang Isteri]



  kisah ini mengingatkan saya kepada seorang teman sekerja (tmpt kerja 
lama)...diceraikan disaat diri sedang sarat hamil (anak ke-2), gara-gara si 
suami tak tahan godaan sang gadis yg tak ingin dimadukan & diugut oleh keluarga 
gadis jika ingin terus bersama perlu melepaskan si isteri (my fren la)...si 
gadis adalah juga teman rapat kpd si suami...kesian, disaat sakit ingin 
melahirkan anak, cuma ada ibubapa yg masih memberi dorongan... kemana perginya 
kewarasan fikiran si suami??? hubungan dgn gadis didahulukan, anak & isteri 
diketepikan... kini, telah hampir 4thn berstatus ibu tunggal & berjaya membina 
kerjaya sendiri utk menampung kehidupan anak beranak... semoga menjadi iktibar 
kepada semua orang tidak kira lelaki mahupun wanita.

  Hazaliza Haron <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
    sedih... memang sedih.... kenapa pengorbanan isteri sering dilupakan.... 
tetapi bila bermasalah, isteri inilah yg akan dicari juga


    ----- Original Message ----
    From: "Borhan, Noraini (GE Infra, Aviation, Non-GE)" <[EMAIL PROTECTED]>
    Sent: Thursday, January 3, 2008 8:39:16 AM
    Subject: [Jenaka dot kom] Duka Hati Seorang Isteri]






----------------------------------------------------------------------------
    From: blalang_group@ yahoogroups. com [mailto:blalang_ [EMAIL PROTECTED] 
s.com] On Behalf Of rieta ba



    mmm...sedihnyer. ..
    inilah keluhan seorang isteri yg sentiasa setia bertahun-tahun bersama 
suami.
    kekadang terfikir di hati saya, tidakkah dia (suami) memahami hati nurani 
kita
    sebagai seorang isteri. jika ader kurang nyer kiter tegurlah,jika ader 
silapnyer kiter perbetulkanlahlah, jika ader kurangnyer kiter katakanlah.. .
    tidak kah dia(suami) tahu, hidup kiter,kasih sayang kiter, jiwa raga kiter, 
semua kesempurnaan hanya untuk dia..
    ape yg kiter mampu berikan yang terbaik dan selalu berdoa kepada tuhan
    agar kebahagiaan milik kiter selamanyer.. namun ujian dari NYA pasti ada 
hikmah disebaliknyer.
    mmm....sedih lak plak kan. 


    ----- Mesej Asal ----
    Daripada: Mimie <[EMAIL PROTECTED] com.my>
    Kepada: blalang_group@ yahoogroups. com
    Dihantar: Selasa, 1 Januari, 2008 2:30:08
    Subjek: Re: ^blalang^ [Fwd: Duka Hati Seorang Isteri]


    alahai sedihnye.... sampai nangis i baca..
    apa dia yg x paham?????
    abang tu suami, sayang tu istri & farah tu orang ketiga mereka ( sahabat 
mereka )...ish..ish. ..ish.....

      ----- Original Message ----- 
      From: abulolahim abulolaman 
      To: blalang_group@ yahoogroups. com 
      Sent: Monday, December 31, 2007 4:10 PM
      Subject: Re: ^blalang^ [Fwd: Duka Hati Seorang Isteri]


      cito eh panjang bukan main...yang den heran eh...sapo dio abang,sayang 
dan farah?apo punyo cito ni...?TAK PAHAM DEN....

      Abdul Rahman bin Johari <[EMAIL PROTECTED] t.com.my> wrote: 
        Ini adalah kisah novel pendek...

        "Maafkan abang, sayang." Remuk hati seorang isteri dikala suami yang 
        selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui 
        akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh 
tidak 
        kuduga... inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku padamu 
        suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir. Kehangatan air 
        mataku meneyelinap kedalam diri.

        Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku 
        melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama 
sepuluh 
        tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang 
        menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak 
        bersisa lagi.

        Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita 
        yang bergelar isteri. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu 
        abang. Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang 
        sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita 
        bersama. Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan 
        sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk 
        membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut 
        nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam? Ingatkah abang 
akan 
        janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika Abang mengenggam jari 
        Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang 
        kedua untuk bersama sayang.

        Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini 
        abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu 
        kecapi lagi. Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk 
        rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat 
berbakti 
        padamu, Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu.

        Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga 
makan 
        minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita. Mungkin ada 
        waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri. Sayang 
        sedar ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai 
        toleransimu. Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 
        perkaran yang sentiasa
        membuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan 
        kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. 
Tapi 
        Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga.

        Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan abang untuk 
        menikah lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas 
        kugengam. Memang dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami 
        adalah seperkara sayang takuti.. Sayang takut bila isteri abang dua 
        ..kasih abang satu. Dan Sayang takut jika kasih yang satu itu bukan 
        milik Sayang lagi. Abang malam ini abang mengaku akan hubungan yang 
        selama ini tidak sayang ragui. Sayang ikhlas dengan bantuan abang. 
        Sayang bangga kerana punya suami sepertimu abang. Suami yang bukan 
        sahaja penyayang malah seoarng lelaki yang mudah simpati pada orang 
yang 
        memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu datang menangis-nangis 
        kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama suaminya,
        kita bantu Farah dan anak-anaknya.

        Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di 
        Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak-beranak di 
        rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat 
        Abang makan gaji. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang. 
        Mungkin kerana ketidakhadiaran cahaya mata dalam kamus hidup kita, 
        Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sendiri. Selama 3 bulan 
itu 
        Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat 
        menjalani kehidupan seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan 
        ugutan suaminya, Sayang bangga abang berani melindungi Farah dan 
        anak-anak. Betapa di kala itu, abang bagaikan wira dahulukala. Di saat 
        Farah merasai hidupnya musnah dirobek suaminya, Sayang beri Farah 
        Harapan. Sayang tiupkan semangat.. Segala-galanya demi nilai satu 
        persahabatan. Tapi cermin persahabatan itu remuk berderai. Malah hati 
        seorang wanita ini lebih terluka bila wanita yang menjadi dalang cinta 
        kami adalah Farah.

        Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang kau balas. 
        Rupanya kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas dengan 
        belaian manja pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah? Kata orang 
bertepuk 
        sebelah tangan tak akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari suamiku 
        tapi tak bolehkah kau fikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana 
        persahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? 
        Tidak pernaha dalam sekelumit aku waktu, kupinta darimu untuk melayan 
        suamiku sebegitu rupa.
        Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses
        ceraimu masih belum sampai jauh talak. Kau masih isteri orang Farah.

        Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu 
        diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapakan lagi. Kukutip permohonan 
        suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku. Di 
        kala itu kulihat suami sedang leka dibuai perasaan. Di atas Sofa empuk 
        itu, Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup. Kuhampiri suamiku. Di 
        kala itu pandangan kami bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara 
        cinta bila pandangan kita bertaut tapi malam ini.......pertama kali 
        sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang. 
        Lembut Suamiku menarikku kesisi.

        "Abang... Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang. 
        Berterus-teranglah walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang 
        abanag cari pada Farah?

        Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?"

        Sakit hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat ku 
        bayangkan kekecewaan yang melanda. Perlahan kuamati suamiku. Abang 
        walaupun hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya 
        kehilanganmu.

        "Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana 
        membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang 
        simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia." Dalam saat-saat sebegini 
        Farah masih dihatimu.

        "Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?"

        "Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan..." Walaupun payah, 
        Abang masih memenangi dirimu. Abang.. Abang.. Aku mengeleng sendirian. 
        Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah 
        untuk menagalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat 
        seperti
        dahulu.

        "Bagaimana halal dan Haram Abang?" Aku masih cuba berlaku tenang. Aku 
        kalau boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang berlaku. Suamiku 
        terdiam. Dia semakin resah.

        "Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu 
        bertanggungjawab atas keterlanjuran kami." Mudah sungguh Abang membina 
        alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku 
        tersenyum sendirian.

        "Abang masih belum jawab soalan Sayang. ? Apa yang membuatkan Farah 
        lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Antara dengar dengan tidak 
        aku cuba mendapatkan kepastian.

        "Farah.. Farah.." Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada 
        ktidakpastian pada raut wajahnya. Lembut kugenggam tangan suamiku.

        "Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu. ." Dengan isyarat mata aku cuba 
        memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur denganku.

        "Sayang.. Farah mampu menjadiakan Abang...AYAH. ." Dan aku cuma 
tersenyum 
        mendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku 
        mendengar alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini..

        "Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang 
kata 
        biar susah senang kita sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak 
        akan ada dua atau tiga dalam diri Abang.."

        "Sayang... itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang 
        tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan 
        mendapatkan anak." Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan 
        hidup ini. Abang ungkit kekurangan diri ini.

        "Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah 
        Halal buatmu." Segera aku bangkit dari duduku. Dengan kekuatan yang 
        masih berbaki, ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku 
        sudah terluka abang.

        Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi.. 
        yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang 
        dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang. 
        Biarlah kisah cinta kita terkubur disini. Kuhulur salam terakhir buat 
        suamiku. Kukucup suamiku dan kubisikkan padanya...

        "Tapi Abang Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca 
        mata Sayang. Bebaskan Sayang.." Tersentak suamiku.

        "Nanti Sayang..." Suamiku menarikku hampir padanya.

        "Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah 
        kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang Ayah sepertimana 
yang 
        Abang impikan. Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi 
        bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan 
        Sayang. Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan 
        sayang dan Hanya kerana 3 bulan simpati Abang buang halal haram satu 
        hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang ada ayah seperti itu.. 
        Maafkan Sayang,Abang. "

        Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan 
        kedua buatnya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma ....janin 
        berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan 
        Abang.

        Assalamualaikum suamiku.





--------------------------------------------------------------------------
      Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.. Try 
it now. 




----------------------------------------------------------------------------
    Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
    http://my.mail. yahoo.com/ 




----------------------------------------------------------------------------
    Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search. 




------------------------------------------------------------------------------
  Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. 

   

Kirim email ke