Muharram - antara fadhilat dan kepalsuan

Bulan Muharram merupakan bermulanya tahun baru didalam kalendar 
Islam. Artikel lalu telah membicarakan mengenai beberapa kelemahan 
fakta apabila membicarakan mengenai peristiwa hijrah Nabi :saw. 
Kelemahan-kelemahan ini adalah disebabkan oleh beberapa kitab-kitab 
sirah yang mengambil cerita berdasarkan kepada hadith-hadith dhaef.

Masyarakat kita telah didedahkan semenjak beberapa tahun kebelakangan 
ini dengan upacara membaca do'a akhir dan awal tahun. Yang agak 
sedihnya adalah terdapatnya semacam janji syaitan kepada si-penerima 
do'a ini bahawa : "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku 
menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku 
pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan 
dosanya setahun." dan juga "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku 
pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk 
memeliharanya dari fitnah syaitan".

Komentar kami adalah bahawa do'a ini tidak datang dari Nabi :saw, dan 
haram kita menyandarkan do'a kepada kepada Rasulullah :saw, kerana 
do'a ini tidak terdapat didalam mana-mana kitab sunnah. Mungkin 
persoalan yang timbul adalah : kepada siapa pula syaitan ini 
berjanji? Kami mengandaikan bahawa ini merupakan harapan dan cita-
cita si-penulis do'a ini, mengambarkan seolah-olah syaitan telah 
berjanji dengan dia.

Berasaskan minda yang terbuka, tidak ada salahnya membaca do'a ini, 
kerana maknanya pun tidak menyalahi syara'. Kita tidak perlu terhad 
kepada kaifiat yang didatangkan bersama-sama do'a ini, seperti 
kaifiat doa awal tahun hendaklah di baca selepas Magrhrib 1 Muharram. 
Disebabkan maknanya baik, tidak kiralah waktu dan hari apapun, baca 
sahajalah do'a ini dengan mengharapkan Allah mengkabulkan do'a 
tersebut.

Semua orang maklum bahawa do'a tidak perlu terhad kepada apa yang 
terdapat dari al-Quran dan hadith-hadith Nabi :saw sahaja. Ia 
merupakan manifestasi keikhlasan dan kesungguhan si pemintanya yang 
dilahirkan dari suara hati dan bait-bait perkataan. Asalkan ia tidak 
menyalahi syara', tidak berbunga-bunga atau keterlaluan, maka bacalah 
apa sahaja do'a yang kita hajati.

Bulan Muharram juga terdapatnya hari yang dinamakan Hari Asyura' yang 
berlaku pada 10 Muharram setiap tahun. Kebanyakkan kita banyak 
menerima e-mail yang menceritakan mengenai fadhilat hari Asyura'. 
Diantara fadhilat-fadhilatnya adalah :-

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri. Fadhilatnya - Allah akan 
melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilatnya - Allah akan melapangkannya 
dalam kubur nanti
3. Menunjukkan orang sesat. Fadhilatnya - Allah akan memenuhkan 
cahaya iman dalam hatinya
4. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Fadhilatnya - Allah akan 
mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di 
sapunya.
5 Bersedekah. Fadhilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka 
sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil 
sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir 
miskin di dunia ini.
6. Mandi Sunat. Fadhilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
7. Bercelak. Fadhilatnya - tidak akan sakit mata pada tahun itu
8. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilatnya - Allah 
akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
9. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat - Allah akan mengampunkan 
dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
10. Membaca - "ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa 
nikmannasiru". Fadhilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
11. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilatnya - Diberi pahala seperti 
memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
12. Puasa - Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali 
umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Jika diberi penilaian kepada amalan diatas, hanya satu amalan sahaja 
yang sahih digalakkan kita melakukannya pada hari Asyura', iaitu 
berpuasa. Akan tetapi, fadhilatnya yang menjanjikan ganjaran 1,000 
kali haji adalah DUSTA! Fadhilat berpuasa terdapat didalam riwayat 
Abu Qatadah ra, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda :


Õæã íæã ÚÑÝÉ íõßÝøöÑ ÓäÊíä: ãÇÖíÉ æãÓÊÞÈáÉ¡ æÕæã íæã ÚÇÔæÑÇÁ íßÝÑ ÓäÉ 
ãÇÖíÉ
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan 
yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) 
setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-
Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Authar, 4/323].

Punca-punca fadhilat amalan-amalan hari Asyura' kebanyakkannya 
berunsurkan hadith-hadith yang sangat lemah dan palsu. Tidak cukupkah 
fadhilat berpuasa yang menghapuskan dosa kita yang lalu? Fadhilat 
mana yang lebih baik dari fadhilat Allah mengampuni dosa-dosa 
hambanya?

Berkata Imam Ibn al-Qayyim rh :-


ÃÍÇÏíË ÇáÇßÊÍÇá íæã ÚÇÔæÑÇÁ¡ æÇáÊÒíä¡ æÇáÊæÓÚÉ æÇáÕáÇÉ Ýíå¡ æÛíÑ Ðáß 
ãä ÝÖÇÆá¡ áÇ íÕÍ ãäåÇ ÔíÁ¡ æáÇ ÍÏíË æÇÍÏ¡ æáÇ íËÈÊ Úä ÇáäÈí Õáì Çááå 
Úáíå æÓáã Ýíå ÔíÁ¡ ÛíÑ ÃÍÇÏíË ÕíÇãå¡ æãÇ ÚÏÇåÇ ÝÈÇØá.
æÃãËá ãÇ ÝíåÇ: "ãä æÓøóÚ Úáì ÚíÇáå íæã ÚÇÔæÑÇÁ¡ æÓÚ Çááå Úáíå ÓÇÆÑ 
ÓäÊå"¡ ÞÇá ÇáÅãÇã ÃÍãÏ: áÇ íÕÍ åÐÇ ÇáÍÏíË.
"Hadith-hadith tentang bercelak pada hari Asyura', berhias, meluaskan 
sesuatu perkara, solat khusus pada harinya dan lain-lain kelebihan 
tidak ada sesuatupun yang sahih, Ia tidak thabit dari Nabi :saw 
mengenainya selain dari hadith-hadith tentang puasa. Perkara yang 
selain dari amalan berpuasa adalah Batil. Misalnya : "Sesiapa yang 
meluaskan memberi makan keluarganya pada hari 'Asyura, Allah akan 
meluaskan untuknya sepanjang tahun." [Fiqh al-Shiyam, al-Qaradhawi, 
ms 144].

Saban tahun fadhilat-fadhilat ini disebarkan melalui media-media 
tertentu. Kalau dahulu, perawi hadith-hadith palsu ini menyebar dari 
mulut ke mulut, tapi kini, perawi-perawinya semakin advance! Mereka 
cuma perlu menekan tombol FORWARD didalam perisian e-mail masing-
masing. Kaedah penyebaran semakin moden, akan tetapi nilai-nilai 
ilmiyyah masih lagi di takuk lama. Kita masih lagi dihanyutkan dengan 
fadhilat bubur Asyura'.

Semua umat Islam harus menyahut seruan meneliti kesahihan sesuatu 
berita sebelum menyebar atau mengamalkannya. Jika kita lihat 
perkembangan kitab-kitab berbahasa Arab, walaupun judul dan 
pengarangnya merupakan sarjana-sarjana dahulu, akan tetapi kitab-
kitab tersebut telah dinilai semula (tahqiq) dan pelbagai percetakan. 
Hadith-hadith yang terdapat didalam kitab-kitab tersebut telah di 
takhrij dan diberikan statusnya. Inilah kekuatan kesarjanaan Islam, 
saling memperkukuhkan diantara satu sama yang lain, dari zaman ke 
zaman.

Ayoh kawan-kawan sekalian, kita didik bangsa dan keturunan kita 
dengan ilmu-ilmu Islam yang tulen. Kita bukan sahaja memberi mereka 
makan makanan yang halal dan baik, kita juga memberikan rohani mereka 
makanan dari ilmu-ilmu Islam yang tulen, yang jauh dari kepalsuan. 
Jauhilah jiwa-jiwa mereka dari menghayati cerita-cerita yang tidak 
tidak ada sandaran. Persoalannya : apakah tahun hadapan kita masih 
lagi menjadi perawi digital kisah-kisah dusta ini??



-- In [email protected], "Borhan, Noraini (GE Infra, Aviation, 
Non-GE)" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>  
> 
> -----Original Message-----
> From: Haron,Wahidah [mailto:[EMAIL PROTECTED] 
> 
> 
> 
> 
> Selamat Maal Hijrah 1429H!
> 
> Jgn lupa baca Doa akhir tahun lepas Asar, Doa awal tahun lepas 
Maghrib!
> 
> Insya Allah! Semoga diteguhkan iman, dipanjangkan usia dan dirahmati
> sepanjang masa.AMIN.
> 
> demi masa
> 
> DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
> Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum 
masuk
> waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa 
ini,
> Syaitan berkata:
> 
> "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam 
pada
> setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab 
membaca
> doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
> 
> 
> DOA AWAL TAHUN
> Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu 
Muharram.
> Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
> 
> "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana 
Allah
> telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah 
Syaitan".
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> The information contained in this email and any attachments may be
> confidential and is provided solely for the use of the intended
> recipient(s). If you are not the intended recipient, you are hereby
> notified that any disclosure, distribution, or use of this e-mail, 
its
> attachments or any information contained therein is unauthorized and
> prohibited. If you have received this in error, please contact the
> sender immediately and delete this e-mail and any attachments.
> 
> No responsibility is accepted for any virus or defect that might 
arise
> from opening this e-mail or attachments, whether or not it has been
> checked by anti-virus software.
>


Kirim email ke