________________________________

From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of umar faruqi




Perilaku seks Chua Soi Lek amalan biasa  - Prof Agus 

        
"Kita tidak boleh menganggap pengakuan berani Soi Lek sebagai suatu ketelusan 
dalam politik. Sebaliknya, ia harus melihat bagaimana hendak memastikan di 
peringkat awal masalah tersebut dapat dihindari," ujarnya ketika dihubungi 
Harakah.

"Apa yang menghairankan saya, sekarang banyak pihak yang menyanjung Soi Lek 
seolah-olah dia adalah hero, sedangkan sebenarnya dia telah melakukan kesalahan 
kerana telah memperkosa kepercayaan yang diberikan rakyat kepadanya," katanya 
yang juga Pensyarah Kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dr Agus turut menekankan bahawa moral seseorang pemimpin negara perlu kemas 
serta ! bebas daripada sebarang unsur yang boleh menjerumuskan diri mereka ke 
dalam fitnah yang boleh memudaratkan maruah negara.

Sungguhpun begitu, beliau masih menyatakan bahawa apa yang menimpa Soi Lek 
sebagai tidak bernasib baik, sambil mendakwa perlakuan tersebut telah biasa 
dilakukan oleh pemimpin Umno/BN.

"Pada saya, apa yang berlaku menunjukkan kepada kerajaan bahawa mereka perlu 
melihat dan mengambil perhatian terhadap persoalan moral politik di kalangan 
pemimpin mereka," jelasnya.

Baginya, kesan daripada kes skandal Soi Lek tidak begitu besar memandangkan ia 
begitu cepat ditangani dengan pengistiharan peletakan jawatan Soi Lek dari 
parti hingga kepada kedudukan rasmi dalam kerajaan.

Namun, beliau tidak menafikan kesan perbuatan Soi Lek sedikit sebanyak tetap 
mempalitkan imej buruk terhadap Islam Hadhari yang digagaskan Perdana Menteri, 
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kian terjejas dengan sikap dan imej 
pemimpin Umno-BN.

"Kesan perbuatan Soi Lek tidak begitu ketara kepada kepimpinan Abdullah kerana 
ia lebih kepada perbuatan individu, yang kemudian terus meletakkan semua 
jawatannya," tegasnya lagi.

Namun, Agus mendakwa keadaan akan berbeza sekiranya Abdullah mempertahankan 
menteri kabinetnya itu.

Agus turut menyarankan kerajaan agar menjalankan siasatan menjurus kepada 
perkara pokok bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menghasilkan 
rakaman tersebut.

"Apa yang mustahak sekarang adalah kita perlu menyiasat siapa yang membuat 
rakaman tersebut dahulu, bukan orang yang menyebarkannya," katanya. - mks.






        ...................................! 
..................................................................................
        
        
        KALAM HIKMAH :
        
        
         
        " Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di 
dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak 
beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )
         
         
         
        "  ;Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu 
berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan 
apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan 
persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam 
melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi 
pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap 
bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -I mam Umar bin Abdul Aziz

 

Kirim email ke